Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Walaupun Berdepan Kemelut Rumah Tangga, Diana Danielle Sempat Lancar Lagu Raya

17/04/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra, Music
Walaupun Berdepan Kemelut Rumah Tangga, Diana Danielle Sempat Lancar Lagu Raya

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon dan penyanyi Diana Danielle sempat melancarkan lagu raya secara solo berjudul Senandung Raya, walaupun sedang berdepan kemelut rumah tangga.

Diana berkata walaupun janggal mendendangkan lagu dalam bahasa Melayu, namun komposer Amylela sangat membantu sepanjang proses rakaman.

“Saya mengaku kepada komposer lagu Senandung Raya, Amyela bahawa saya tidak yakin menyanyikan lagu Melayu. Namun, dia sangat membantu dan memberi sokongan ketika proses rakaman.

“Amylea turut memberi tip bagaimana hendak meningkatkan nyanyian dalam bahasa Melayu.

“Saya membesar dan mendengar banyak lagu Melayu. Tetapi saya tidak pernah menyanyikannya. Jadi, ini sangat sukar untuk saya di studio rakaman,” katanya.

Selain menyanyi dalam bahasa Melayu, proses menyiapkan video muzik pada saat-saat akhir juga menjadi cabaran buat penyanyi berusia 31 tahun itu.

Namun, Diana memberi komitmen bagi memastikan perancangan lancar.

“Sebelum ini, saya tidak pernah mendapat peluang merakamkan lagu raya secara solo. Jadi, saya mahu segera siapkan lagu dan muzik video Senandung Raya supaya dapat dilancarkan tepat pada masanya

“Saya bangga apabila dapat memberi idea dalam video muzik di mana kami ingin paparkan situasi sebenar.

“Sebagai penyanyi baharu, semua ini memberi pengalaman kepada saya bagaimana hendak mewujudkan sesuatu yang bermula dengan idea,” katanya.

Selain itu, Diana mengaku gementar untuk bekerjasama dengan Amylea buat kali pertama. Namun, Diana yang pernah merakamkan lagu duet bersama penyanyi terkenal British, Calum Scott, berjudul Heaven, bersyukur Amylea cukup profesional.

Berkongsi mengenai konsep video muzik, Diana berkata, klip itu memaparkan situasi individu yang sudah lama tidak pulang beraya di kampung halaman.

“Kami ingin paparkan apa yang dilakukan orang ramai pada Hari Raya. Disebabkan itu, kami buat peraduan dan mengikut pemenang balik ke kampungnya di Kelantan.

“Jadi, kami dapat rakam pertemuan individu terbabit bersama keluarganya selepas tidak pulang beberapa tahun. Apa yang dipaparkan tidak sama jika kita situasi itu kita reka.

“Disebabkan itu, kami mahu video muzik ini tampak realiti. Kami mahu tunjukkan bagaimana rasa kasih sayang meraikan Aidilfitri dengan keluarga tercinta.

“Pendek kata, konsep muzik video itu sedikit tenang tetapi penuh makna,” katanya.

Diana mahu lagu Senandung Raya menjadi malar segar seperti kebanyakan lagu raya lain.

“Sudah tentu saya berharap peminat dan masyarakat boleh terima dengan baik lagu ini. Dendangan ini bukan seperti kebanyakan lagu raya lain, sebaliknya, berentak R&B yang mengingatkan saya kepada nyanyian Datuk Sheila Majid.

“Jadi, saya harap orang ramai boleh terima kelainan yang dibawa dan meraikan perbezaan. Saya selalu dengar orang cakap, kebanyakan lagu raya sama sahaja. Jadi, untuk lagu ini, kami berikan kelainan.

“Mungkin ia adalah risiko, tapi saya percaya peminat hari ini terbuka menerima sesuatu yang lain daripada kebiasaan seperti konsep dan genre lagu,” katanya.

Senandung Raya dilancarkan secara rasmi sejak 7 April lalu di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Video muzik Senandung Raya boleh ditonton di saluran Youtube Universal Music Malaysia. – BOOM!

Previous Post

Cerai? Ini Kata Zulin Aziz – “Doakan Kami Jalani Kehidupan Baik Dengan Haluan Masing-masing”

Next Post

Pak Nil Harap Penunggang e-Hailing Dihargai – “Moga Lebih Ramai Rider Dapat Duit Raya”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Many Flies and Strange Floral Smell Force Cat Farish to Close Shop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • D.O.’s Comments On EXO-CBX Spark Heated Reactions

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Praises Saiful Apek’s Bravery For Saving Her Life

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Denies Growing A Mustache

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Shocked By Claims Datuk Red Filed Reconciliation Verification

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Releases New Single, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Confirms Cristiano Ronaldo To Appear In Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Music Must Be Honest, Not Pretend Happiness” – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Min Ho’s Appearance Sparks Debate

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Claims Kamal Used Physical Violence Throughout Their Marriage

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Many Flies and Strange Floral Smell Force Cat Farish to Close Shop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • D.O.’s Comments On EXO-CBX Spark Heated Reactions

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Remembers Tauke Jambu’s Kindness, Gifts New Chairs And Tables

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Help Fathia Rise Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Min Ho’s Appearance Sparks Debate

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Soo-hyun Case: Forensics Unable To Determine Authenticity Of Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Many Flies and Strange Floral Smell Force Cat Farish to Close Shop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • D.O.’s Comments On EXO-CBX Spark Heated Reactions

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd