Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Syukur Saya Tak Apa-Apa” – Ditimpa Bala, Yantzen Bernasib Baik Tidak Alami Trauma

15/01/2022
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Celebrity, Entertainment, Exposé, Extra
“Syukur Saya Tak Apa-Apa” – Ditimpa Bala, Yantzen Bernasib Baik Tidak Alami Trauma

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Lima tahun menetap di Taman Sungai Serai Tambahan, Hulu Langat, penyanyi otai, Yantzen pertama kali terlibat dalam musibah banjir paling teruk yang terjadi pada bulan lalu.

“Selama lima tahun saya menetap di sini, ia adalah kejadian banjir terbesar dan pertama dialami hingga masuk ke dalam rumah serta memusnahkan harta benda.

“Malah saya sendiri terpaksa panjat ke bumbung rumah untuk menyelamatkan diri. Air banjir deras yang muncul memang tak diduga. Apapun, semuanya sudah berlalu dan menerima dugaan ini dengan sabar dan reda.

“Alhamdulilah, saya tidak trauma dan fobia untuk tinggal di rumah selepas balik dari PPS itu. Bagi saya, apabila dapat pulang ke rumah dan melihat keadaan sebenar, hanya fikir nak bersihkan lumpur banjir yang tebal saja.

“Syukur Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang datang membantu. Apapun, tak dinafikan kerugian harta benda dialami memang banyak. Tapi, saya terima dengan hati terbuka kerana kejadian ini tidak diduga. Malah, saya pun tak terfikir untuk berpindah dari kawasan kediaman ini ke tempat lain,” itulah kata penyanyi Yantzen, 63.

Yantzen tak terfikir untuk berpindah dari kawasan kediamannya ke tempat lain.

Berpengalaman menetap selama dua hari di pusat penempatan sementara (PPS), Yantzen berkata dia bersyukur ramai pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO) hadir menghulur bantuan dari segi makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir terjejas.

Ditanya juga perasaannya sama ada dia mengalami trauma dengan bencana banjir itu, Yantzen berkata dia bersyukur tidak berasa takut atau fobia dengan apa yang sudah berlaku.

Yatzen bersyukur tidak mengalami sebarang trauma

Menurutnya lagi, dia membina rumah itu untuk anak lelaki tunggalnya, Alif Ronan, 23. Katanya, mereka merancang tinggal di rumah itu bersama-sama dan selama beberapa tahun ini sudah banyak kenangan indah dikecapi.

Mengulas juga mengenai bantuan diterima, Yantzen berkata dia amat bersyukur apabila banyak dibantu rakan-rakan, persatuan artis serta kumpulan NGO yang datang ke Hulu Langat itu untuk menjalankan misi bantuan banjir.

“Memang ramai rakan yang membantu dan kesanggupan mereka datang ke rumah membersihkan lumpur banjir serta menghulurkan bantuan kewangan amat dihargai. Begitu juga, pertolongan jiran-jiran dan persatuan artis,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Aishah Bergelar Datuk, Sempena Keputeraan Ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Next Post

[VIDEO] “Bukan Satu, Mungkin Dua” – Liza Hanim Mahu Langsai Hutang Dengan Peminat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Police Raid PSY’s Office Over Controlled Drug Violations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Criticizes Unfair Judgement of Widowers and Divorced Women

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd