Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Mahkamah Perintahkan Awie Bayar Ganti Rugi RM80,000 Kepada Bekas Isteri

09/11/2021
Abang Deeby Abang Dee
in Entertainment, Exposé, Extra
Mahkamah Perintahkan Awie Bayar Ganti Rugi RM80,000 Kepada Bekas Isteri

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan penyanyi rock terkenal, Datuk Awie membayar ganti rugi berjumlah RM80,000 kepada bekas isterinya, Rozana Misbun akibat kecederaan parah yang dialami wanita itu selepas diserang dalam tiga kejadian berasingan, tujuh tahun lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 53, diperintah membayar ganti rugi am sebanyak RM30,000 atas kecederaan dideritai Rozana, 43 serta ganti rugi teruk RM50,000 kerana tekanan dan malu yang ditanggungnya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang bersama Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Ghazali Cha sebulat suara menolak rayuan pelakon itu dengan kos RM15,000 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Mahkamah Tinggi yang mengesahkannya.

Hakim Nor Bee ketika membaca keputusan itu berkata, ganti rugi am dan ganti rugi teruk yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen adalah adil dan munasabah berdasarkan kecederaan dialami Rozana serta mengambil kira keadaan kes yang khusus dan pelik melibatkan lokasi serta masa kejadian.

Beliau ketika membacakan keputusan itu turut menyatakan, ketiga-tiga serangan berlaku pada hari yang sama pada 2 April 2014 yang mana kejadian pertama dan kedua diakui perayu yang juga bekas vokalis kumpulan rock terkenal, Wings.

Insiden pertama berlaku di rumah kelamin di Ukay Perdana, Hulu Klang di hadapan anak-anak mereka, pembantu rumah dan pemandu, kejadian kedua di hadapan kaunter Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak, manakala insiden ketiga di kawasan parkir lokasi sama.

Malah ketiga-tiga insiden membawa kepada pendakwaan terhadap perayu di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang mana beliau dikenakan kompaun RM10,000 dan dianggap bebas daripada tuduhan itu selepas membayarnya kepada Rozana yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun.

Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguam perayu bahawa Rozana terhalang daripada memfailkan tindakan sivil berhubung kejadian pukul dan tort hentaman (battery) dalam insiden pertama.

Pada hemat barisan panel, tindakan kompaun adalah berkaitan prosedur dan undang-undang jenayah dan tidak mempunyai kesan terhadap hak responden memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suaminya bagi mendapatkan remedi berdasarkan fakta dalam insiden pertama.

Mahkamah juga berpuas hati, Awie kemudian didakwa terhadap pertuduhan kedua di bawah Seksyen 323 kanun yang sama dan didenda RM2,000 manakala tiada pertuduhan dikenakan bagi insiden ketiga.

Panel itu juga berpendapat, Mahkamah Sesyen yang mendengar keterangannya mendapati Rozana seorang saksi yang boleh dipercayai yang kemudian disahkan oleh Mahkamah Tinggi bahawa ketiga-tiga insiden itu benar-benar berlaku.

Sehubungan itu, panel tersebut berpuas hati, Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf atau tersalah arah dari segi undang-undang ketika mencapai keputusannya membenarkan tuntutan saman Rozana manakala Mahkamah Tinggi betul ketika mengesahkannya pada September 2018.

Dalam prosiding hari ini, peguam Hazman Harun mewakili Awie manakala Azlan Abd. Roni, Ahmad Fakhri Abu Samah dan Nasyrah Ezzan Ali mewakili Rozana selaku responden.

Rozana memfailkan saman sivil atas perbuatan tort hentaman (battery) atau pukul yang dilakukan oleh Awie pada 2 April 2014 di beberapa kawasan pada hari yang sama.

Rozana turut menuntut ganti rugi atas kecederaan-kecederaan yang ditanggungnya antaranya keretakan pada bahagian tulang rusuk ke sembilan dan kesepuluh, lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri, lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung.

Saman itu juga termasuk penderitaan dialami Rozana antaranya luka, lebam, sakit, kesengsaraan dan kesukaran untuk bernafas termasuk kos rawatan di hospital dan juga malu yang terpaksa ditanggungnya.

Pada Mac 2016, Awie dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di rumah mereka, selepas membayar kompaun sebanyak RM10,000.

Mahkamah memerintahkan Awie membayar kompaun itu, selepas beliau membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Rozana.

Sementara itu pada Mei 2016, artis terkenal itu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak, pada tarikh sama.

Awie dan Rozana berkahwin pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha. Pasangan itu kemudian bercerai secara sah pada 1 November 2014. – BOOM!

Previous Post

“Dua Hari Terasa Sakitnya” – Mzul Helmy Pasrah Dilempang Ayu Ayuni

Next Post

“Jangan Tuduh Sembarangan!” – Amzar Mohon Henti Sebar Berita Palsu Fasal Bunga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce To Marry On June 13?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Maintains Turban Image According To Suitability

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Opens Restaurant At A Cost Of RM4 Million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Announces World Tour! Here Are The Locations & Dates You Need To Know

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Brings MY SWEET HOME Across Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Defends Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd