Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Kanye, Kim K, Awas!” – Silau Mata Tengok Che Ta Dan Ezuwan Ismail Dilitupi Berlian

27/11/2021
Mimi Hadidby Mimi Hadid
in Entertainment, Exposé, Extra
“Kanye, Kim K, Awas!” – Silau Mata Tengok Che Ta Dan Ezuwan Ismail Dilitupi Berlian

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Kehadiran Rozita Che Wan atau Che Ta sebagai muse bagi pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021 baru-baru ini di sebuah hotel terkemuka tanah air mencuri tumpuan ramai.

Masakan tidak, pelakon dan ahli perniagaan sensasi itu sanggup membaluti seluruh mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ yang ditinta dengan batu berlian berwarna perak sepanjang majlis berlangsung.

Ironinya, ibu kepada tiga cahaya mata itu antara yang sentiasa menjaga penampilan dan bersolek cantik ketika berada di depan khalayak mahupun sekadar mahu memuat naik gambar atau video di Instagram.

Che Ta menyarung gaun moden rona hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan chunky bead. Baju bertatah berlianlah ibaratnya.

Gaun berharga RM50,000 itu dikatakan memakan masa selama sebulan untuk disiapkan kerana serba serbi jahitan tangan.

Sarung tangan dan pelitup muka rona sama masing masing menggunakan net juga bertatah berlian berwarna perak.

Bahkan, Ezuwan sendiri juga tak kalah dengan sut hitam berharga RM40,000 menggunakan fabrik broket dilengkapi 10,000 butir batu chunky bead dan berlian jahitan tangan.

Fabrik jaring atau net diguna pakai untuk membuat pelitup muka dan sarung tangan juga bertatah batu jenis sama.

Rata rata melihat penampilan Che Ta dan Ezuwan menutup seluruh tubuh termasuklah bahagian muka mereka saling tak tumpah seperti gaya selebriti Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West.

Tak kurang juga ada audiens berpendapat, melihat gaya itu seperti melemaskan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Malah komen berbunyi, “Tak lemas ke pakai macam itu?” juga kelihatan memenuhi ruangan komen media sosial kedua-dua personaliti.

Bahkan ramai terkejut kerana Che Ta yang selama ini selesa menunjukkan wajah bersolek buat kali pertama menutupi raut wajahnya ibarat Kim K Versi Muslimah.

Che Ta berkata, dia bersetuju untuk menjadi muse atau plus one (pasangan pereka fesyen) kerana banyak faktor, selain melihat satu pengalaman berbeza seiring dengan era pandemik menuju endemik ini.

“Kami memang berkawan baik. Permintaannya untuk berfesyen macam ini bukan seperti lazimnya. Jadi takkan saya nak tolak. Ia satu kelainan.

“Lagipun pelitup muka itu menggunakan kain jaring yang ada lubang udara. Bolehlah saya bernafas. Lainlah kalau guna kain tutup semua, barangkali semput juga saya jadinya nanti,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi pada acara itu.

Sementara itu, Ezuwan yang sudah lapan tahun mengukuhkan jenama fesyennya percaya dan yakin Che Ta mampu junjung ilham dan imaginasi rekaannya pada acara yang mendapat kerjasama jenama Lexus itu.

“Apabila diundang, nama Che Ta terlintas dan pantas bermain di minda. Apatah lagi apabila dia bersetuju nak tutup wajahnya, saya sendiri tak menyangka.

“Semua tahu, dia antara selebriti yang mengutamakan penampilan diri dengan wajah siap bersolek cantik. Tapi dia jenis yang tak banyak songeh dan sempoi.

“Tiada istilah meniru atau dibayangi sesiapapun. Fesyen ini pendek kata kenalah dengan musim pandemik,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Sebelum ini, Janna Nick yang baru dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH)ke-34 juga tampil dengan gaya seakan sama di samping kekasih hatinya Dini Schatzmann yang turut memakai penutup muka seakan-akan karakter di dalam filem Korea popular, Squid Game ketika menghadiri acara itu.

Acara KLFA yang berlangsung di Hotel Shangri La itu turut dihadiri lebih 80 orang pereka fesyen di samping selebriti ternama lain.

Kategori dipertandingkan dalam KLFA turut menyaksikan warga kreatif industri fesyen dihargai termasuklah pereka Alia Bastamam, jurusolek Khir Khalid serta ramai lagi. – BOOM!

Previous Post

“Kritik Dan Hina, Kan Beza Tu!” – Syamsul Yusof Alu-alukan Filemnya Diperkata Audiens

Next Post

“Main Kahwin-kahwin Je!” – Tauke Jambu Dapat Izin Isteri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Defends Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Furious As Scammers Cheat Customers Using Her Product Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Unbothered By Negative Comments

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Social Media Drives Young Women’s Obsession With Plastic Surgery – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Henry Golding Makin Gah, Dapat Peluang Berlakon Dengan Charlize Theron Dan Uma Thurman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Hurt by Kanye’s Paris Robbery Accusation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Announces She’s Dating Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd