Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Hun Haqeem Pernah Jadi Budak Teh O Di Surau – “Kenangan Dulu-dulu Masa Bulan Ramadan…”

03/03/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Hun Haqeem Pernah Jadi Budak Teh O Di Surau – “Kenangan Dulu-dulu Masa Bulan Ramadan…”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Hun Haqeem mengakui pernah bergelar ‘budak teh O’ di surau kawasan perumahannya suatu ketika dahulu.

Kongsi Hun kepada BOOM! gelaran tersebut diperolehi ketika menjadi budak pembancuh air di surau setiap kali menjelang Ramadan.

“Dulu saya pernah jadi budak teh o di surau. Masa bulan Ramadan, saya akan buatkan teh o untuk jemaah solat tarawih. Buat air teh o pun kena ada skill tau, air tak boleh manis-manis sangat.

“Waktu itu rasa seronok sangat sebab dapat jumpa kawan-kawan. Itulah antara kenangan saya masa dulu-dulu yang masih segar dalam ingatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hun bakal muncul dalam drama terbaru Astro berjudul Imam Instant, Ustazah Scammer.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Imam Asyraf, Hun berkata dia telah melakukan pelbagai rujukan untuk menjiwai karakter diberikan.

“Rujukan saya ada pelbagai, termasuk merujuk karakter-karakter, kemudian disatukan untuk jadikan Imam Asyraf. Saya juga ada rujuk dengan pakcik pakcik waktu saya ke surau.

“Alhamdulillah, ia banyak membantu saya untuk menjayakan watak Imam Asyraf. Cerita ini bagi saya banyak moral disebaliknya terutama berkaitan dengan ‘trust issue’.

“Jangan mudah percaya pada penampilan luaran seseorang. Drama ini juga nak tunjuk juga , bagaimana perspesi orang sekarang yang mudah percaya dengan satu sumber.

“Kadang tak betul tapi kita percaya bulat-bulat, dalam masa sama kena juga husnudzon.

Selain itu, drama ini juga cuba mendidik audiens tentang pelajaran agama melalui komedi dan banyak pengajaran diselitkan.

“Antaranya tentang Ramadan, amalan di bulan Ramadan, apa amalan ibadah yang kita patut buat. Drama ini juga menyuntik kembali semangat sambutan Ramadan dan hari raya yang saya rasa sekarang semakin pudar dalam masyarakat kita.

“Semangat balik kampung. Penonton pasti akan dapat mengembalikan nostalgia itu,” kongsi Hun.

Sementara itu pengarah, Hadith Omar berkata, drama ini adalah kemunculan kembali terbesar buat Mira Filzah selepas berumahtangga.

“Mira berehat sebentar dan ini merupakan ‘comeback’ yang besar untuk dia dan kali ini digandingkan pula buat kali pertama dengan Hun Haqeem.

“Ini betul-betul gandingan pertama mereka untuk sebuah naskhah drama. Very interesting, very cute, kena tengok,” katanya.

Tambah Hadith, lokasi penggambaran antara cabaran ketika mengarahkan drama ini.

“Lokasi penggambaran merupakan antara cabaran kerana selalunya kita melakukan penggambaran indoor. Kali ini cuaca merupakan salah satu cabaran kerana panas.

“Cabaran lain adalah skrip untuk drama ini kerana ketika penggambaran skrip masih ditulis, jadi kita tahu apa yang boleh dijangkakan.

“Dalam masa sama perlu beri fokus kepada jalan cerita dan perlu agak apa akan terjadi. Tetapi, Alhamdulillah segalanya berjalan baik setiap episod mengikut mood dan feel serta karakter.

“Banyak juga perkara tak disangka-sangka berlaku dalam drama ini,” katanya.

Dalam pada itu Hadith berharap agar drama sembilan episod terbitan Zeel Production ini dapat menambat hati penonton.

“Dulu sewaktu saya arahkan drama Nusyuz Berkiblat Cinta, ia merupakan drama yang berat dan sambutan sangat memberangsangkan.

“Saya gembira, untuk drama ini saya mahu perbaiki lagi, saya nak audiens enjoy dan hargai drama ini kerana genrenya berbeza.

“Penggambaran drama ini juga lebih mega dari drama Nusyuz Berkiblat Cinta. Semoga dapat tambat hati para penonton,” katanya.

Drama Imam Instant, Ustazah Scammer ini akan mula bersiaran bermula Ahad ini di saluran Astro, pukul 9 malam. – BOOM!

Previous Post

Impian Amir Jahari Hasilkan OST Untuk Filem Cinta Tercapai – “Hasrat Inspirasi Daripada ImagiNur…”

Next Post

[V] Kontroversi Watak Abah Dalam Mentega Terbang, Firdaus Akui Hanya Penuhi Peranan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Once Made Zul Ariffin Lose His Patience

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Maintains Turban Image According To Suitability

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Opens Restaurant At A Cost Of RM4 Million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Announces World Tour! Here Are The Locations & Dates You Need To Know

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd