Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Cuma Dapat RM19.90 Setahun, Najua P Ramlee Tidak Berharap Panjangkan Tempoh Royalti

08/02/2023
Abang Deeby Abang Dee
in Extra
Cuma Dapat RM19.90 Setahun, Najua P Ramlee Tidak Berharap Panjangkan Tempoh Royalti

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Menghitung hari, hanya berbaki empat bulan saja lagi tempoh kontrak agihan royalti Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee bagi tempoh 50 tahun akan tamat.

Dilanjutkan atau sebaliknya selepas tanggal 29 Mei depan, waris lain termasuk cucu bintang legenda, Najua P Ramlee selaku penerima wang royalti daripada badan berwajib bagaimanapun tidak pernah bersuara.

Tidak seperti bapa saudaranya, Sazali, 63, yang memohon agar kerajaan bantu memanjangkan tempoh penerimaan wang royalti karya, Najua dan waris lain pula bersikap sebaliknya dengan berdiam diri.

Bertemu Najua baru-baru ini, dia agak keberatan hendak mengulasnya kerana merasakan isu tersebut agak sensitif untuk dibincangkan kerana bimbang ada hati yang terluka.

Anak bongsu kepada Allahyarham Nasir P Ramlee itu berkata, dia tidak pernah meletak harapan untuk tempoh royalti berkenaan dilanjutkan.

“Bila isu tempoh wang royalti 50 tahun bakal berakhir, ramai menghubungi bertanyakan reaksi saya mengenainya. Namun, tidak memberi apa-apa komen.

“Saya memang tak tahu nak jawab apa. Bagi saya, jika lanjutkan, silakan. Kalau tak berjaya, tidak mengapa. Saya tak terkesan pun,” responsnya.

Seniman Agung, P Ramlee merupakan datuk kepada Najua.

Memandangkan urusan pengagihan royalti dibuat mengikut kaedah faraid, Najua mendedahkan, jumlah diterima tidak banyak selepas diagihkan kepada lapan waris termasuk Sazali.

“Selepas arwah bapa meninggal dunia, Amanah Raya memberi mandat untuk saya menguruskan royalti ini.

“Jadi, sebanyak 50 peratus wang royalti diterima saya serahkan kepada Uncle Sazali. Baki selebihnya, saya agihkan kepada adik-beradik lain.

“Sebagai anak perempuan, jumlah yang saya terima tak banyak mengikut faraid.

“Pernah berlaku wang royalti diterima hanya RM19.90. Apabila lihat dalam akaun, saya sangka itu adalah wang hibah insuran, tetapi rupa-rupanya royalti arwah datuk.

“Bila kenang semula, rasa lucu pula. Disebabkan itu, saya tidak mengharapkan sangat,” katanya.

P Ramlee di sisi isterinya, primadona Allahyarham Saloma.

Tambah Najua, dia tidak boleh menolak, apatah lagi, menjadi waris yang dilantik oleh Amanah Raya untuk menguruskan pengagihan royalti.

“Jika saya menolak, semua waris lain tidak akan dapat wang royalti. Jadi, saya tidak mahu waris lain susah kerana saya tahu mereka sangat memerlukan wang royalti ini.

“Jujurnya, saya tidak kisah mengenai wang royalti. Ini adalah duit arwah (P Ramlee), kami hanya menumpang rezekinya,” akuinya. – BOOM!

Previous Post

Di Balik Kejayaan Osama Dan Zaki, Sharul Dedah Kisah Sebenar – “Isteri Saya Sampai Sakit!”

Next Post

Cat Farish Cerai Talak Satu, Bukan Tiga – “Saya Ada Tabiat Cakap Ulang-ulang, Itu Sebabnya!”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Adakan Siri Jelajah Album Di Hard Rock Cafe Melaka, Amir Masdi Janji Persembahan ‘A Class’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seperlima Harta Dr Dre Kini Milik Nicole Termasuk Pampasan Berjumlah RM417 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Patutlah Ramai Jejaka Muda Meminatinya” – ‘Dibuang’ Vida, Iqbal Cuba Dekati Rossa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Kenal Dia” – Nabila Tak Percaya Sharnaaz Ahmad Bersalah Dalam Kes Ugut Dan Pukul

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Akui Kesal Tonton Filem Porno Sejak Usia 11 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd