Lana Nodin membuat kelainan sewaktu meraikan Hari Kesyukuran atau Thanksgiving di sisi keluarga mentuanya di Amerika Syarikat apabila menyediakan hidangan rendang ayam bersama nasi himpit.
Walaupun sambutan Thanksgiving cukup sinonim dengan hidangan ayam belanda panggang atau bakar, namun Lana akui dia sengaja menyuntik cita rasa Malaysia bagi menyajikan sesuatu yang istimewa.
Menerusi satu entri di Instagram, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 41, telah berkongsi videonya sedang memasak serta suasana bersama keluarga mentua ketika Thanksgiving diraikan baru-baru ini.
Mendapat julukan sebagai Pamela Anderson Malaysia, Lana berkahwin dengan suaminya iaitu David McKenzie yang merupakan atlet bola tampar warganegara Amerika Syarikat pada tahun 2015.
Pasangan berkenaan telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Gia Quinn McKenzie, 5 dan William Daud McKenzie, 2. – BOOM!