Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Aina Abdul Wakil Malaysia Ke Korea Selatan, Pukau 2,000 Penonton ABU TV Song Festival 2023

30/10/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Music
Aina Abdul Wakil Malaysia Ke Korea Selatan, Pukau 2,000 Penonton ABU TV Song Festival 2023

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Aina Abdul mengharumkan nama negara apabila terpilih untuk beraksi di pentas global ‘ABU TV Song Festival 2023’ anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).

Penganjuran festival nyanyian berprestij edisi ke-12 pada kali ini dihoskan oleh stesen televisyen nasional Korean Broadcasting System (KBS) yang telah berlangsung di KBS Hall, Seoul, Korea Selatan pada malam tadi.

Ia turut menyaksikan pembabitan seramai 11 penyanyi tersohor dari 11 negara telah terpilih untuk menjayakan acara penuh gemilang tersebut termasuk Malaysia yang diwakili oleh Aina Abdul.

Manakala 10 penyanyi lain yang turut terlibat terdiri daripada Tia Ray (China), Chau Kat Pui (Hong Kong), Malini Awasthi (India), Ayaka Hirahara (Jepun), Mamamoo+ (Korea Selatan), Winifai (Macau), Sheron Silva (Sri Lanka), Annamyradow Begmyrat (Turkmenistan), Umut Sülünoğlu & Uğur Önür (Türkiye) dan Erik Lê Trung Thành (Vietnam).

Persembahan magis Aina Abdul menerusi lagu hit ciptaannya ‘Terus Hidup’ berjaya memukau hampir 2,000 penonton di dalam dewan.

Mengulas lanjut mengenai persembahan beliau di pentas gah ‘ABU TV Song Festival 2023’, Aina Abdul berkata, ia merupakan penghormatan yang cukup istimewa buat dirinya.

“Diberi peluang keemasan mewakili Malaysia untuk beraksi di pentas antarabangsa merupakan satu penghormatan yang cukup istimewa buat saya.

“Ia bukan sahaja memberi dimensi positif kepada kerjaya seni saya, bahkan boleh disifatkan antara salah satu pengalaman terbaik yang pernah saya kecapi sebagai penyanyi.

“Seperti yang kita tahu, industri K-Pop mempunyai reputasi global dan digilai oleh peminat seluruh dunia. Manakala KBS pula merupakan antara platform utama yang menjadi lubuk kelahiran artis-artis ternama K- Pop.

“Mengetahui bahawa program ini turut disiarkan di saluran KBS dan persembahan Aina akan ditonton oleh jutaan rakyat Korea Selatan khususnya, saya tidak dapat menggambarkan betapa bermaknanya peluang yang diberikan tersebut.

“Walaupun hanya menyanyikan sebuah lagu sahaja, saya bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia tercinta di pesada dunia,” katanya.

Dalam masa yang sama, kesempatan beraksi di festival tersebut turut melengkapi hasrat Aina untuk menghiburkan peminat di luar negara.

Aina cukup terharu apabila mengetahui ada di antara mereka yang tinggal di luar daerah Seoul sanggup ‘travel’ jauh semata-mata ingin menonton persembahan Aina secara ‘live’.

Aina juga rasa cukup bertuah kerana bukan sahaja dapat berkongsi pentas dengan penyanyi- penyanyi handalan dari rantau Asia-Pasifik, malah dapat mengutip pengalaman bekerja dengan krew produksi televisyen antarabangsa yang cukup berdedikasi dan profesional.

Dalam perkembangan lain , Aina Abdul baru sahaja melancarkan album sulung berjudul ‘IMAJI’ secara digital yang dilihat sebagai pelengkap kerjaya muziknya.

Album tersebut memuatkan 14 buah trek istimewa hasil nukilan dan ciptaan beliau sepenuhnya iaitu ‘Jangan Mati Rasa Itu’, ‘Imaji’, ‘Satu Rasa’, ‘Kamu’, ‘Puas Sudah’, ‘Sesal’, ‘Kejam’, ‘Bilang’, ‘Bukan Untukku’, ‘Sedia Terluka’, ‘Ini Bukan Cinta’, ‘Lost’, ‘Penat Jiwa’ dan ‘Kunci’.

Selain itu, Aina Abdul juga bakal mengadakan konsert solo berskala besar ‘A Night With Aina Abdul’ 3.0 anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Aina Abdul Entertainment (AAE) yang akan bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada 18 November depan.

Susulan sambutan dan maklum balas luar biasa yang diterima, pihak penganjur turut menambah tiket bagi kategori MIP, Platinum dan Silver bagi menampung permintaan yang tinggi daripada peminat. Konsert tersebut menyasarkan seramai 10,000 pengunjung dan sehingga kini sebanyak lebih 80 peratus jumlah tiket berjaya terjual.

Sebanyak 33 buah lagu hits bakal dipersembahkan termasuk medley bertemakan gabungan genre moden serta irama klasik yang akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra dan band di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor iaitu Mac Chew. – BOOM!

Previous Post

Liza Hanim Buat Kejutan, Bakal Adakan Konsert Solo Pertama Tahun Depan

Next Post

[V] Netizen: “Why Ada ‘Bubububu’ Tu? Tak Kena!!!” – Adzrin Adzhar Dakwa Diperlekeh Peminat Fanatik Aina Abdul

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Vows To Stop Kissing Women On Set

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rob Reiner’s Son Arrested For Allegedly Killing His Parents

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Claims Beego Lied To Avoid Attending Divorce Proceedings

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Addresses IPhone Boycott Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO To Release Eighth Full Album With Six Members

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Trial In Naim Daniel Sexual Assault Case Postponed To Next Year

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nak Anak Lelaki, Fasha Sandha Rancang Jalani IVF Tahun Hadapan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd