Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Ni Semua Salah PKP” – Didakwa Berbadan Dua, Jihan Muse Kata Cuma Berat Badan Yang Naik

24/11/2021
Abang Deeby Abang Dee
in Entertainment, Exposé, Extra
“Ni Semua Salah PKP” – Didakwa Berbadan Dua, Jihan Muse Kata Cuma Berat Badan Yang Naik

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Mengundang pertanyaan ramai mengenai perubahan bentuk fizikalnya bak mak buyung, pengacara popular, Jihan Muse bagaimanapun enggan mengiyakan kepada umum bahawa dia sedang hamil anak kedua.

Menurut Jihan, secara peribadi, dia sememangnya berkeinginan untuk hamil lagi sementelah memikirkan usianya bakal menjengah ke angka 40, dua tahun lagi.

“Saya mungkin nampak macam mengandung. Nak buat macam mana, berat badan naik sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Eh salahkan PKP pula ya.

“Namun sejujurnya saya memang harapkan doa kalian semua dimakbulkan sebab memang teringin mengandung lagi.

“Kalau betullah sekarang ini mengandung, sudah tentu saya orang pertama yang akan mencanang, tak perlu nak sorok.

“Tetapi, belum lagilah… doakan saya ya!” katanya semasa ditemui selepas berlangsungnya program realiti, Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Selain itu, ditanya sama ada dia bersetuju busana yang digayakan pada program siaran langsung tersebut menjadi punca dakwaan hamil itu tiba-tiba muncul, Jihan juga menafikannya.

“Takkanlah nak salahkan baju atau pereka fesyen. Kita cuba gayakan sesuatu baju itu, tetapi adakala ternyata kita tak boleh bawa.
“Kalau disarung ke patung atau ketika bergambar, nampak cantik. Jadi, jangan salahkan orang, salahkan diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Jihan bagaimanapun mengaku tidak berkecil hati dengan tanggapan warganet mengenai soal kehamilan tersebut.

Katanya, jika dirinya merupakan seorang selebriti yang mudah terasa atau tersinggung, barangkali dia tidak akan mampu bertahan lama dalam industri ini.

“Kalau cepat sensitif, tak jadi pelawaklah saya ni. Macam-macam saya dah pernah kena sebelum ini. Soal hamil ini benda baik, saya pun harapkan doa orang ramai. Mungkin lebih ramai yang cakap fasal ni, maksudnya ramai yang mendoakan saya.

“Nak kecil hati kenapa? Saya dah kahwin. Kalau belum kahwin lagi, itu yang seram,” selorohnya.

Dalam pada itu, tambah Jihan, andai dirinya kembali berbadan dua, dia dan suami, Ku Hariz akan berkongsi berita gembira tersebut dengan semua pihak.

“Masa saya mengandungkan anak pertama dulu, kandungan baru berusia empat bulan saya dah umum. Maklumlah, kita tak tahu jika ia masih di peringkat awal.

“Tetaapi, ini bukan peringkat awal. Ini peringkat akhir saya sebesar ini. Saya tengah nak diet ini. Awas!” katanya.

Untuk rekod, Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ku Hariz atau Ungku Hariz Faizal, pada tahun 2016.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ungku Harsalan Haq yang kini berusia empat tahun. – BOOM!

Previous Post

Video TikTok Cetus Tanda Tanya, Tauke Jambu Tambah Isteri Ke?

Next Post

“Perkenalkan, Mateen Rizqi” – Raqib Dan Tasha Sempurnakan Majlis Aqiqah, Cukur Jambul

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Many Flies and Strange Floral Smell Force Cat Farish to Close Shop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • D.O.’s Comments On EXO-CBX Spark Heated Reactions

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Praises Saiful Apek’s Bravery For Saving Her Life

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Releases New Single, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Denies Growing A Mustache

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Shocked By Claims Datuk Red Filed Reconciliation Verification

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Confirms Cristiano Ronaldo To Appear In Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Music Must Be Honest, Not Pretend Happiness” – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Min Ho’s Appearance Sparks Debate

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Claims Kamal Used Physical Violence Throughout Their Marriage

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Many Flies and Strange Floral Smell Force Cat Farish to Close Shop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • D.O.’s Comments On EXO-CBX Spark Heated Reactions

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Remembers Tauke Jambu’s Kindness, Gifts New Chairs And Tables

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Help Fathia Rise Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Soo-hyun Case: Forensics Unable To Determine Authenticity Of Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Min Ho’s Appearance Sparks Debate

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Many Flies and Strange Floral Smell Force Cat Farish to Close Shop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • D.O.’s Comments On EXO-CBX Spark Heated Reactions

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd