Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Kejayaan 30 Filem Tempatan Raih Anugerah Di Festival Antarabangsa Bukti 2023 Tahun Cemerlang!

20/12/2023
BOOM!by BOOM!
in Film
Kejayaan 30 Filem Tempatan Raih Anugerah Di Festival Antarabangsa Bukti 2023 Tahun Cemerlang!

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Kejayaan 30 filem tempatan meraih anugerah dan pengiktirafan di pelbagai festival antarabangsa membuktikan 2023 adalah tahun cemerlang bagi industri sinematik negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pasaran perfileman domestik mencatatat kutipan pecah panggung atau ‘box office’ mencecah RM98.8 juta bagi 56 filem.

“Ini termasuk filem yang diarah barisan pembikin berpengalaman seperti Harum Malam arahan Dain Said; Rain Town (Tunku Mona Riza); Stone Turtle (Woo Ming Jin); Barbarian Invasion (Tan Chui Mui) dan Sumpahan Jerunei (Jason Chong).

“Selain itu, kita seharusnya berbangga dengan kebangkitan karya pembikin filem muda yang memenangi lebih 20 anugerah di festival filem antarabangsa seperti filem Tiger Stripes arahan Amanda Nell Eu.

“Naskhah itu juga mencipta sejarah menjadi filem Malaysia pertama memenangi hadiah utama Minggu Kritik Antarabangsa Cannes Ke-62.

“Filem Walid arahan Areel Abu Bakar juga membuktikan cerita aksi yang mengangkat seni persilatan Melayu mampu menarik perhatian pengedar bagi tayangan di pawagam Amerika Syarikat (AS),” katanya pada program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di Kementerian Komunikasi dan Digital di sini, hari ini.

Fahmi berkata, penghasilan filem tempatan dengan kandungan bercirikan kepelbagaian budaya, etnik serta pelancongan berpotensi tinggi menjana pelaburan dalam negara,

2023 tahun cemerlang industri perfileman negara - Fahmi Fadzil

Malah, katanya, impak mempromosikan Malaysia melalui medium perfileman dengan mengambil kira penganjuran Tahun Melawat Malaysia (TMM) pada 2026 bakal menarik 26.1 juta pelancong.

“Di peringkat pasaran domestik, kutipan ‘box office’ filem tempatan hingga kini adalah RM98.8 juta untuk tayangan 56 filem.

“Jumlah itu disumbangkan melalui kutipan enam filem arahan pembikin muda iaitu Coast Guard, Imaginur, Didi & Friends, Polis Evo 3, Rahsia dan Mallbatt: Misi Bakara yang mencatat kutipan pecah panggung,” katanya.

Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) komited meningkatkan daya saing, kualiti serta produktiviti filem tempatan dengan pelbagai sokongan dan galakan tahun ini.

“Peruntukan RM53.1 juta bawah Dana Kandungan Digital (DKD) Sektor Filem sebagai galakan pembiayaan kepada 250 projek.

“Ini merangkumi RM30.1 juta bagi pelaksanaan 171 projek sedia ada mengikut perbatuan yang menghasilkan 8,550 peluang pekerjaan. Ini termasuk RM23 juta kelulusan peruntukan bagi 79 projek baharu dengan manfaat 3,950 peluang pekerjaan,” katanya.

Fahmi berkata, penyaluran RM3.86 juta galakan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) bagi 44 filem tempatan bawah Skim Wajib Tayang FINAS serta pelaburan asing dan domestik bernilai RM700 juta melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) menghasilkan 9,000 peluang pekerjaan.

“Semoga kejayaan industri filem pada 2023 ini membuka lembaran 2024 yang lebih positif, progresif dan makmur kepada semua pemegang taruh,” katanya.

Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 anjuran FINAS bertujuan meraikan 26 penerima termasuk syarikat produksi dan penggiat industri yang melakar kecemerlangan dalam industri filem negara di dalam negara dan antarabangsa, tahun ini.

Antara penerima anugerah adalah Dr U-Wei Saari atas pencapaian menjadi juri dan mentor di peringkat antarabangsa seperti Asean International Film Festival dan Asia Pacific Screen Awards dan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif sempena Istiadat Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Ke-18.

Selain itu, pelakon tersohor Datuk Ahmad Tamimi Siregar membuktikan kecemerlangan lakonan sebagai teraju utama filem Malaysia-Indonesia iaitu Perjalanan Pertama yang menobatkan beliau sebagai Pelakon Lelaki Terbaik ASEAN International Film Festival (AIFFA) di Kuching, Sarawak tahun ini.

FINAS perlu beri lebih fokus aspek pra produks

Tidak ketinggalan, Datuk Fauziah Nawi yang dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas jasa dan perjuangan seni beliau selama lebih 50 tahun dalam industri.

Filem yang menerima pengharagaan atas pencapaian di peringkat antarabangsa menerusi program itu dipecahkan kepada tiga kategori iaitu filem pendek, cereka dan ‘box office’. – BOOM!

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

[V] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bayar Zakat Perniagaan Lebih RM1 Juta Kepada Lembaga Zakat Selangor

Next Post

Aprena Manrose Bagi Hint Buka Tudung? | Isma Aliff Kritikal, Ditidurkan | Shiha Zikir Buktikan Lagu Layak Ke AJL38

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce To Marry On June 13?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Opens Restaurant At A Cost Of RM4 Million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Maintains Turban Image According To Suitability

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Announces World Tour! Here Are The Locations & Dates You Need To Know

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mariah Carey’s Daughter Refuses To Acknowledge Father’s Other Children As Siblings

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd