Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Konsert Search – Rock ‘N’ Roll Pie, Kid & Din Mahu Ubat Kerinduan Warga Pantai Timur

23/08/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Concert, Extra
Konsert Search – Rock ‘N’ Roll Pie, Kid & Din Mahu Ubat Kerinduan Warga Pantai Timur

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

“Ini adalah hadiah istimewa kami buat semua peminat Search di Pantai Timur,” demikian kata Nordin Mohd Taib atau Din selaku tonggak utama kumpulan rock legenda itu.

Din berkata, Search bakal kembali menakluki nuansa rock era 80an-90an seterusnya melenyapkan dahaga kerinduan peminat di rantau tersebut selama lebih 15 tahun.

Bertempat di Stadium Sukpa, Kuantan, konsert yang bakal berlangsung pada 21 Oktober itu akan menyajikan persembahan terbaik selama dua jam.

“Kami menjangkakan kehadiran lebih 3000 peminat dari serata pelosok Pantai Timur. Tidak sabar rasanya untuk melihat pelbagai gaya dan fesyen peminat tegar Search yang pasti akan menggamit memori.

“Sebenarnya dah lama kami berhasrat nak bertemu peninat di Pantai Timur, kami berharap agar penampilan Search dengan Denden, Min dan Yan dapat memberi kepuasan maksima kepada peminat,” katanya.

Tambah Din lagi, besar hasrat Search untuk menjajah Kuantan bagi memastikan konsert bertaraf mega ini berlangsung dengan jayanya.

“Untuk menjayakan itu, kami bersyukur apabila barisan penaja muncul sebagai tulang belakang, mereka ialah Space Limitless selaku rakan strategik, Guitar Legend dan JS Music selaku penaja utama, Grand Darul Makmur Hotel sebagai hotel rasmi dan THR Gegar selaku radio rasmi,” katanya.

Search ditemui pada sesi sidang media yang berlangsung di galeri pameran Guitar Legend, pada Sabtu lalu.

Selain Din, turut hadir dalam majlis sama ialah, Kid selaku pemain gitar utama, Yan (bass) dan Minn (drum).

Diajukan soalan mengenai tahap kredibiliti Denden Gonjalez memikul tugas berat selaku penyanyi utama, Din berkata, setakat ini dia menunjukkan prestasi membanggakan.

“Usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan Denden disamping pimpinan dan tunjuk ajar yang diberikan, telah meningkatkan keyakinan dan mutu persembahannya dari semasa ke semasa.

“Dan sudah tentu Denden akan memberikan 100% komitmen untuk Konsert Search – Rock ‘N’ Roll Pie, nanti,” katanya teruja.

Dalam pada itu, Minn turut mengakui memikul tanggung jawab berat apabila mengisi kekosongan ditinggalkan arwah Yazit.

“Masih banyak yang saya kena belajar sebenarnya, mujur ‘otai – otai rock’ kita tak lokek dengan ilmu untuk membimbing saya,” katanya.

Yan, selaku pemain bass pula ketika ditanya mengenai jemputan khas pada konsert di Kuantan itu, memberitahu, semuanya masih dalam perancangan.

Pada malam konsert itu nanti Search bakal menyajikan peminat dengan lagu-lagu dari album Karisma, Rampage, Katharsis dan sudah tentu dari album Rock ‘n’ Roll Pie.

Tidak ketinggalan beberapa lagu dari album lain yang pastinya akan mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan “Mat Rock” suatu ketika dahulu.

Dalam perkembangan lain, Search juga dalam perancangan untuk menghasilkan lagu-lagu baru bagi mengekalkan genre rock versi Search dan terus relevan dalam ekologi muzik tempatan yang kian mencabar.

“Perancangan untuk lagu baru memang ada cuma masa dan ketikanya masih belum sesuai”, ulas Din.

Untuk rekod, konsert Search Rockin’ on Rooftop yang telah berlangsung di Campbell Complex, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Jun 2022 yang lalu telah berjaya mencatat kehadiran lebih dari 3000 peminat dari seluruh Malaysia.

Kejayaan ini memberi petanda bahawa Search masih berbisa walaupun dilanda pelbagai masalah dan konflik dalaman sehingga mengakibatkan kumpulan lagenda ini terpecah dua.

Bagi peminat – peminat Search, tiket – tiket telah pun mula dijual sejak Julai 2023 dengan harga RM95 (duduk) dan RM130(berdiri) boleh didapati secara atas talian di www.ticket2u.com.

Ayuh! Kembali semarakkan nuansa rock nusantara, rock kita, rock sejagat! – BOOM!

Previous Post

[V] Bikin Panas! Baby Shima Sindir ‘Walaun’ Selepas Diundang Buat Persembahan Di Kuantan

Next Post

Impian ‘Gila’ Karl Shafek Buat Pertunjukan Fesyen Di Litar Sepang Tercapai…Siap Dengan Runway 800 Meter!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Claims Beego Lied To Avoid Attending Divorce Proceedings

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Remembers Tauke Jambu’s Kindness, Gifts New Chairs And Tables

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Returning In Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO To Release Eighth Full Album With Six Members

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rob Reiner’s Son Arrested For Allegedly Killing His Parents

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Reveals Mastectomy Scars To Raise Breast Cancer Awareness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Vows To Stop Kissing Women On Set

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Trial In Naim Daniel Sexual Assault Case Postponed To Next Year

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd