Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Pasti Menjadi Kenangan Terindah Anda…” – Anuar Zain Terjemah Perjalanan Seni 40 Tahun Dalam Konsert

12/07/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Concert, Extra
“Pasti Menjadi Kenangan Terindah Anda…” – Anuar Zain Terjemah Perjalanan Seni 40 Tahun Dalam Konsert

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Perjalanan selama 40 tahun merentasi industri seni bukanlah satu perjalanan yang singkat lebih lebih lagi apabila bermula dari seorang penyanyi kanak-kanak (1983) sehinggalah menjadi penyanyi solo lelaki berprofil tinggi.

Nama Anuar Zain sudah mempunyai tempat yang utuh dan khas di hati peminat dan penggemar muzik beliau.

Empat dekad membina legasi dalam industri muzik tempatan, Anuar Zain; vokal merdunya, senyum manisnya, aura dan pesonanya yang kuat, serta untaian lagu-lagu miliknya yang cukup popular dan turut menerima pelbagai pengiktirafan di sepanjang karriernya, terus kukuh menjadi antara penyanyi yang disanjungi sehingga kini dan berada didalam liganya yang tersendiri.

Beliau menjadi penghibur yang disegani dimana setiap kemunculannya dinanti-nantikan, biar dalam majlis korporat, majlis berprofil tinggi dan eksklusif atau terkadang hanya untuk melihat persembahan beliau mendendangkan beberapa buah lagu di acara terbuka.

Lantas saat penganjur JioBuddy mengumumkan akan menganjurkan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”, ia adalah sebuah khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh seluruh penggemar muzik beliau yang bukan hanya berada di Malaysia tetapi juga dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Bagi pihak penganjur, konsert ini akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sen@asa mendapat sokongan positif dari semua pihak.

Konsert ini juga bakal menjadi lambang kematangan perjalanan ANUAR ZAIN di dalam karrier seninya.

“Kami di JioBuddy berbesar hati untuk menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert kerana ia bukanlah hanya sebuah konsert biasa tetapi sebagai sebuah biografi untuk meraikan perjalanan seninya yang panjang bersama semua peminat dan penggemar muzik beliau.

“Konsert ini juga amat penting untuk kami selaku penganjur bagi menyokong industri muzik tempatan, dan memberi yang terbaik kepada penonton mengikut kepakaran kami,” kata Sean Ng dari JioBuddy.

Sementara itu bagi Anuar Zain pula, beliau berharap pada mereka yang telah bersama-sama beliau di dalam Konsert Anuar Zain 3 Dekad pada tahun 2013 yang lalu dan juga pada yang masih belum berkesempatan untuk turut hadir bersama pada “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”.

“Saya mengimpikan agar konsert AZ40 ini akan menjadi kenangan yang terindah di antara kita semua pada malam itu nanti. Juga menjadi kenangan manis buat semua tenaga kerja dan team produksi yang besar didalam menjayakan konsert AZ40 ini. ” ujar Anuar Zain.

Jennifer Thompson merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert bersama lebih kurang 25 orang pemuzik-pemuzik handalan tanah air.

Sudah tentu juga sepanjang 40 tahun Anuar Zain mempunyai himpunan lagu hits yang pelbagai. Tentu sahaja lagu seperti Lelaki Ini, Perpisahan, Bila Resah, Sedetik Lebih dan Keabadian Cinta akan menjadi halwa telinga yang bakal disampaikan secara langsung dari lantunan merdu penyanyi hebat ini.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +6011 510 03 111. Tiket-tiket berharga RM1188 (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).

Untuk pembeli tiket pada hari pertama jualan (12 Julai 2023), anda akan berpeluang untuk memenangi telefon bimbit jenama FreeYond. Bagi pembeli tiket VIP 1 & 2 pula, mereka bakal mendapat cenderahati berupa AZ40 Premium Gig Box yang ditaja oleh Arombay, istimewa sempena konsert ini.

Raikan temujanji anda bersama Anuar Zain pada 28 Oktober 2023 jam 8.30 malam sempena Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam. – BOOM!

Previous Post

[V] Baru Seminggu Sampai Malaysia, GR Yaris Kansai Pekin Ibrahim ‘Barai’ Terlibat Kemalangan

Next Post

Art Of Speed Malaysia, SoundCircus Kembali Gegar MAEPS, Superman Is Dead Terbang Dari Bali!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Criticizes Unfair Judgement of Widowers and Divorced Women

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Police Raid PSY’s Office Over Controlled Drug Violations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Furious As Scammers Cheat Customers Using Her Product Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd