Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Anne Minta Nasihat Darling Untuk Terbit Filem Sulung, Jemputan Ke Neraka

06/06/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Celebrity, Extra
Anne Minta Nasihat Darling Untuk Terbit Filem Sulung, Jemputan Ke Neraka

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Anne Ngasri mengaku meminta tunjuk ajar dan bantuan daripada kakaknya, Darling Ngasri dalam menerbitkan filem sulungnya, Jemputan Ke Neraka.

Filem bergenre psiko thriller seram yang diterbitkan di bawah produksi milik Anne iaitu AN Universal Sdn. Bhd. turut mempunyai banyak campur tangan Darling apabila dia turut menggalas tugas sebagai penerbit penyelaras.

“Memang saya mengaku sebagai penerbit baharu saya mendapat banyak bimbingan dan tunjuk ajar daripada Darling sebab dia lebih berpengalaman dalam bidang penerbitan.

“Jika tanpa Darling rasanya sukar juga untuk saya menerbitkan filem kerana jadual kerja yang agak padat. Darling sememangnya seorang mentor saya dalam bidang penerbitan sebab itu dia menjadi penerbit penyelaras.

“Bukanlah tidak yakin dengan orang lain, tetapi kerana ini filem sulung produksi saya, jadi kalau boleh saya mahu semuanya mengikut kehendak dan piawaian yang ditetapkan. Darling sudah berpengalaman dan juga kakak saya, jadi dia tahu apa yang saya inginkan,” ujar Anne, 39.

Sementara itu, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, 40, berkata, dia mencadangkan genre psiko thriller seram untuk filem pertama Anne kerana yakin genre sebegitu lebih mudah diterima penonton tempatan.

Kebetulan, pengarah Amor Rizan yang sudah lama bekerjasama sebagai pengarah untuk drama-drama produksi Darling memiliki sebuah karya yang sudah lama disimpan.

“Saya suka penulisan dan kerja Amor Rizan serta yakin dengan kualiti kerjanya. Sebenarnya ini juga filem pertama Amor, jadi bukan kami sebagai penerbit sahaja yang berdebar tetapi Amor juga,” tutur Darling.

Mengulas tentang judul filem Jemputan Ke Neraka yang dilihat agak berani, tegas Darling judul filem tersebut sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

“Alhamdulillah walaupun judul filemnya begitu ‘daring’, tetapi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) telah mengklasifikasikan filem ini sebagai P13.

“Tidak ada babak yang dipotong sepanjang proses penapisan kerana kami memang berjaga-jaga agar filem ini sesuai dengan penonton Malaysia. Sayanglah jika filem ini tidak dapat ditonton secara meluas,” kata Darling yang turut muncul sebagai pelakon cameo dalam filem tersebut.

Naskhah psiko thriller seram itu mengisahkan tentang sekumpulan bekas rakan sekolah menerima jemputan ke perkahwinan misteri di sebuah sebuah banglo mewah.

Filem Jemputan Ke Neraka yang akan menemui penonton pada 22 Jun ini dibintangi oleh, Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Amy Nurtinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan Azhar Amir. – BOOM!

Previous Post

“Sejak Kecil Saya Beritahu Ayah, Bukan Anugerah Yang Diimpikan Tetapi Berjasa Kepada Negara” – Ahmad Nawab

Next Post

Azhar Risaukan Leona | Ahmad Nawab Bergelar Tan Sri | Anne Ngasri Minta Nasihat Darling

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Many Flies and Strange Floral Smell Force Cat Farish to Close Shop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • D.O.’s Comments On EXO-CBX Spark Heated Reactions

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Praises Saiful Apek’s Bravery For Saving Her Life

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Denies Growing A Mustache

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Releases New Single, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Shocked By Claims Datuk Red Filed Reconciliation Verification

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Confirms Cristiano Ronaldo To Appear In Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Music Must Be Honest, Not Pretend Happiness” – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Min Ho’s Appearance Sparks Debate

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Simon Cowell’s New Boyband December 10 Faces Backlash From BTS Fans

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Many Flies and Strange Floral Smell Force Cat Farish to Close Shop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • D.O.’s Comments On EXO-CBX Spark Heated Reactions

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Remembers Tauke Jambu’s Kindness, Gifts New Chairs And Tables

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Help Fathia Rise Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Min Ho’s Appearance Sparks Debate

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Soo-hyun Case: Forensics Unable To Determine Authenticity Of Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Many Flies and Strange Floral Smell Force Cat Farish to Close Shop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • D.O.’s Comments On EXO-CBX Spark Heated Reactions

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Remains Tight-Lipped After Intimate Video With Mystery Man Surfaces

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd