Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Pakaian Dikritik Bunda, Ini Sebab Tomok Minta Hatta Dolmat Buatkan Sut Merah Berkilau

27/09/2022
Mimi Hadidby Mimi Hadid
in Celebrity, Extra
Pakaian Dikritik Bunda, Ini Sebab Tomok Minta Hatta Dolmat Buatkan Sut Merah Berkilau

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Biarpun muncul sebagai perserta yang meraih markah tertinggi sewaktu konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kesembilan (GV-9) pada Ahad lepas, namun pakaian Tomok mendapat kritikan juri profesional.

Juri tetap dari Indonesia iaitu Hetty Koes Endang telah mengkritik baju digayakan Tomok sewaktu mendendangkan lagu Janji Padamu nyanyian asal kumpulan Exist yang dirasakannya kurang sesuai dengan lagu.

“Sejujurnya Bunda (nama panggilan Hetty) lebih suka jika Tomok nyanyikan lagu ini dengan memakai sut. Hati-hati jika memilih pakaian biar sesuai dengan cerita lagu yang dipilih,” kata memberi pandangan.

Hetty Koes Endang menasihatkan agar peserta peka memadankan baju dengan lagu nyanyian mereka.

Sementara itu Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 38, berkata, dia tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut dan mengambil segala teguran untuk memperbaiki diri di masa hadapan.

“Masing-masing ada pendapat, jadi saya terima dengan hati terbuka. Mungkin ada betulnya. Balik nanti saya akan lihat semula mungkin ada kesalahan dari segi penampilan dan sebagainya,” akuinya.

Kata Tomok lagi, baju yang direka oleh pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat itu adalah berdasarkan kemahuannya.

“Saya yang minta nak ‘look’ ala-ala kpop seperti ini kerana saya mahu nampak lain daripada yang lain. Saya tak pernah pakai macam ni, jadi saya cuba,” kongsinya.

Tomok bakal menyampaikan lagu Hukum Karma di minggu ketiga GV-9.

Mengulas lanjut mengenai pencapaian cemerlangnya di minggu kedua, kata Tomok, dia langsung tidak menjangkakan perkara itu.

“Allahuabar, tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan. Saya sangat-sangat tak sangka. Kiri kanan saya ada penyanyi yang hebat-hebat seperti Jac, Shila, Dina, VE dan ramai lagi .

“Saya tengok sendiri waktu raptai mereka semua bagus-bagus. Jadi saya memang tak letakkan harapan untuk dapat nombor satu.

“Apa yang saya fikirkan hanyalah untuk berikan yang terbaik. Terselamat daripada penyingkiran pun saya dah bersyukur,” ujarnya.

Kata vokalis kumpulan New Boyz itu, kejayaannya meraih tempat pertama akan dijadikan pembakar semangat untuk membuat persembahan yang lebih baik untuk minggu-minggu seterusnya.

Hatta (kanan) merupakan pereka fesyen yang bertanggungjawab mereka pakaian Tomok sepanjang GV-9 berlangsung.

“Saya tak boleh nak pandang rendah sesiapa pun yang bertanding. Di awal-awal dulu saya fikir mungkin Jac yang akan jadi juara atau Shila dan Dina. Tapi bila masuk minggu kedua, saya rasa semua 12 peserta telah mulakan permainan mereka,” katanya.

Untuk konsert minggu ketiga nanti, Tomok akan membawakan lagu Hukum Karma daripada kumpulan Wings yang dipilih oleh netizen menerusi sistem undian.

“Saya tak pernah menyanyikan lagu ini secara solo. Jadi saya agak risau juga sebenarnya. Balik ni memang tak tidur la. Kita tengok apa yang boleh buat untuk lagu Hukum Karma ni sebab saya tengok kawan-kawan yang lain semua dah masuk gear dua dan tiga.

“Jadi saya ken acari strategi macam mana nak buat persembahan supaya diterima oleh juri dan penonton,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Hero Mat Kilau, Adi Putra Sertai Jentera BN Bantu Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-15

Next Post

“Tak Perlu Panggil Saya Adik Syafiq Kyle, Saya Juga Punya Nama Sendiri” – Syazwan Razak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Adakan Siri Jelajah Album Di Hard Rock Cafe Melaka, Amir Masdi Janji Persembahan ‘A Class’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seperlima Harta Dr Dre Kini Milik Nicole Termasuk Pampasan Berjumlah RM417 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Patutlah Ramai Jejaka Muda Meminatinya” – ‘Dibuang’ Vida, Iqbal Cuba Dekati Rossa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Kenal Dia” – Nabila Tak Percaya Sharnaaz Ahmad Bersalah Dalam Kes Ugut Dan Pukul

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Akui Kesal Tonton Filem Porno Sejak Usia 11 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd