Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Konsert Noraniza Idris Telan Belanja Sebanyak RM3 Juta, Bakal Tampilkan 300 Penari Tradisional

24/08/2022
Mimi Hadidby Mimi Hadid
in Celebrity, Concert, Extra
Konsert Noraniza Idris Telan Belanja Sebanyak RM3 Juta, Bakal Tampilkan 300 Penari Tradisional

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Konsert Malai Solo yang bakal menampil ratu irama tradisional, Noraniza Idris telah menelan belanja sebanyak RM3 juta dan bakal berlangsung selama tiga hari di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober 2022.

Idea dan konsep Konsert Malai Solo Noraniza Idris adalah daripada Noraniza sendiri sementara pengarah konsert, Ahmad Saifulizam atau Gbam, pengarah persembahan, Mohd Seth Hamzah dan pengarah artistik, Siso Kopratasa.

Datuk Ramli MS telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengarah muzik dan bakal membawa 44 pemuzik mengiringi persembahan Noraniza pada konsert itu nanti.

300 penari kebudayaan turut dipilih untuk mengirigi setiap persemabah Noraniza yang akan dibahagikan kepada beberapa segmen mengikut kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.

Pelbagai konsep yang Kak Ani akan ketengahkan nanti termasuklah dari masyarakat Orang Asli, Borneo, Melayu, Kelantan dan moden,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Malai Solo yang berlangsung di Istana Budaya.

Melihatkan kos yang diperlukan agak tinggi bagi sebuah konsert di Istana Budaya, kata Noraniza apa yang menelan perbelanjaan yang tinggi adalah teknologi yang akan digunakan serta para ahli muzik yang berpengalaman.

“Yang paling mahal ada teknologi yang kita akan gunakan seperti penggunaan lampu LED, penataan cahaya dan bunyi serta ahli-ahli muzik,” ujarnya.

Ditanya kenapa Datuk Ramli MS yang menjadi pilihan beliau untuk menjadi pengarah muzik, kata pelantun lagu Awallah Dondang ini, Datuk Ramli mempunyai aura yang besar.

“Memang beliau tidak pernah menciptakan lagu untuk saya. Tetapi struktur susunan muzik yang dia sudah plan untuk saya membuatkan saya yakin kerana dia mepunyai stail yang tersendiri,” ujarnya.

Memang ramai orang persoalkan kenapa saya memilih beliau kerana kata mereka harga Datuk Ramli sangat mahal, dan saya boleh dapat harga yang separuh lebih murah jika memilih pengarah muzik yang lain, tetapi beliau punya akal sangat hebat. Untuk cari orang yang hebat macam arwah Pak Ngah sangat susah. Saya nampak Datuk Ramli sahaja yang mampu buat,” kongsinya.

Baru sahaja membuka jualan tiket, namun sudah ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa harga tiket yang dijual agak mahal.

Namun Noraniza menyangkal dakwaan itu kerana dia sudah membuat kajian terlebih dahulu sebelum menetapkan harga tiket.

“Mahal ke? Saya rasa macam okey kerana ada buat rujukan harga tiket konsert sebelum ini. Antaranya konsert Aina Abdul,” katanya.

Harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1100. Jadi saya hanya tambah sedikit saja daripada harga yang pernah diletakkan penyanyi lain.

Lagipun nilai yang saya tetapkan berbaloi dengan persembahan yang bakal disajikan kerana saya menggunakan pengarah muzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan,” ujarnya.

Ditanya tentang soal persiapan menjelang konsert yang tinggal kira-kira dua bulan dari sekarang, kata Noraniza dia kini akan menjalani diet untuk mengurangkan berat badan sebanyak 15 kilogram yang akan dipantau oleh anaknya sendiri yang merupakan seorang jurulatih kecergasan.

Selain itu dia juga bakal mendapatkan khidmat jurulatih vokal sebagai langkah persediaan menghadapi konsert itu nanti.

Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Noraniza menyanyikan 24 buah lagu termasuk medley yang merangkumi lagu-lagu berentak Irama Malaysia dan etnik kreatif.

Tiket-tiket telah mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu melalui www.ilassotickets.com dengan harga VVIP Awallah Dondang RM1599.00, VIP Dikir Puteri RM899.00, Intan Payung RM399.00 dan Hati Kama RM299.00. – BOOM!

Previous Post

Tampil Unik Dalam MV Simpanan, Imej Masya Masyitah Dikritik – “Bertudung, Tapi Bertindik?”

Next Post

“Ya Allah, Berilah Kekuatan Dan Angkatlah Darjatnya” – Elyana Titip Doa Buat Najib Razak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce To Marry On June 13?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Opens Restaurant At A Cost Of RM4 Million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Maintains Turban Image According To Suitability

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Brings MY SWEET HOME Across Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd