Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Pertuduhan Yasin Tanam Ganja Kekal Dan Masih Menerima Rawatan Di Hospital Berhubung Penyakit Bipolar

22/06/2022
Adia Mohdby Adia Mohd
in Celebrity, Extra
Pertuduhan Yasin Tanam Ganja Kekal Dan Masih Menerima Rawatan Di Hospital Berhubung Penyakit Bipolar

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu bahawa pertuduhan menanam 17 pokok ganja membabitkan penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman kekal mengikut Seksyen 6B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Jamaludin Mat hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah mengesahkan bahawa, pihak pendakwaan telah menerima laporan kimia pada petang Selasa.

“Untuk kes ini, pertuduhan adalah kekal dan pihak kami mohon agar mahkamah dapat menetapkan tarikh sebutan kes bagi serahan dokumen kepada pihak pembelaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disyaki Edar Ganja, Yasin Brothers Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Peguam, Ariff Azami Hussien yang mewakili pelantun lagu Mimpi Laila atau lebih dikenali sebagai Yasin, tidak membantah permohonan tersebut.

“Terima kasih kepada mahkamah dan pihak pendakwaan kerana laporan kimia siap dalam masa yang singkat.

“Mohon agar mahkamah dapat menetapkan tarikh yang lebih singkat, dua minggu, jika memadai,” katanya.

Hakim Jamaludin Man menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pertuduhan terhadap Yasin tanam ganja kekal.

Pada 31 Mac lalu, Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menanam 17 pokok disyaki kanabis (ganja) di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara.

Dia ditahan pada, jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Datuk Dibebaskan, Kenapa Yasin Tak Lepas?” – Netizen Pertikaikan Hukuman Tanam Ganja

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding di Mahkamah Majistret, Majistret Zhafran Rahim Hamzah menetapkan tarikh sebutan sama iaitu 6 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram.

Tarikh tersebut ditetapkan selepas Mohd Asnawi selaku pihak pendakwaan akan membuat siasatan lanjut berhubung pertuduhan yang dikenakan terhadap penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkarya Dari Dalam Penjara, Yasin Nyanyi Lagu Bebaskan Aku Demi Ubati Rindu Malaika

“Saya ingin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak kami sudah mendapat laporan kimia berhubung kes ini, pada petang Selasa.

“Kami akan buat siasatan lanjut dan keputusannya akan diberitahu pada 6 Julai depan,” katanya.

Selain Ariff Azami, turut mewakili Yasin, peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Azizul Syariman Mat Yusoff.

Penyanyi Vaksin Rindu itu didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Tak Pernah Kacau Orang” – Yasin Sulaiman Banyak Ajar Faizal Tahir Ilmu Islam

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B (2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pada sidang media, Mohd Yusmadi berkata, anak guamnya memerlukan rawatan pakar untuk penyakit bipolar yang dihidapinya di hospital yang mempunyai rekod kesihatan terdahulu.

“Saya difahamkan Yasin sudah dibawa sekali ke Hospital Sungai Buloh, tetapi lebih baik jika Yasin dapatkan rawatan pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Pantai Kuala Lumpur, yang mempunyai rekodnya.

“Dalam hal ini juga, pihak penjara memahami keadaan Yasin dan membekalkan ubat kepadanya melalui penyeliaan pihak terbabit, ia sudah tentu akan membantu Yasin,” katanya.- BOOM!

Sumber: Sinar Harian

Previous Post

Mathni Razak Enggan Cipta Kontroversi, Berlakon Adegan Panas Untuk Popular

Next Post

“Bayaran Tak Masuk Akal” – Berasa Kecewa, Matz Burhan Fokus Bisnes Jual Air Quanta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Police Raid PSY’s Office Over Controlled Drug Violations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Criticizes Unfair Judgement of Widowers and Divorced Women

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd