Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Tak Cakap Salah, Kalau Cakap Pun Salah!” – Persalinan Baju Raya Che Ta Jadi Perdebatan

04/05/2022
Enal Akimby Enal Akim
in Celebrity, Extra
“Tak Cakap Salah, Kalau Cakap Pun Salah!” – Persalinan Baju Raya Che Ta Jadi Perdebatan

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Saban tahun, jumlah persalinan raya Che Ta atau nama penuhnya, Rozita Che Wan sering mencuri perhatian, malah kisah itu turut menjadi perdebatan dalam kalangan warganet.

Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, ibu kepada tiga cahaya mata itu lebih selesa tidak mendedahkan jumlah persalinan raya tahun ini.

“Saya tak nak cakaplah berapa pasang baju raya tahun ini. Tak cakap salah, kalau cakap, macam-macam pula saya kena.

“Kalau mereka nak tahu juga, kenalah intai entri gambar di akaun Instagram saya musim raya ini dan kira sendiri. Bukan Che Ta kalau tak penuhi kandungan entri IG dengan gambar sesi fotografi.

Busana Che Ta di hari raya pertama

“Bahkan baju raya sebelum ini pun ada yang dimuat naik. Maklumlah situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan. Nak melaram pun tak boleh sangat,” katanya disusuli ketawa kecil.

Kebiasaannya, pemenang Most Inspirational Celebrity, Women Of Excellence Awards itu akan menyiapkan persalinan baju raya untuknya sekeluarga lebih awal.

“Buat awal, tak kalut. Jadi bulan Ramadan dah boleh fokus dengan amal ibadat. Pendek kata, baju, kain samping, butang baju Melayu anak dan suami pun sudah disediakan. Pemilihan beraya dengan baju warna sedondon itu wajib!

Busana Che Ta di hari raya kedua

“Cuma selepas dua tahun beraya dengan norma baharu, saya tetap membataskan pelbagai aspek. Cukup beraya dengan keluarga dan adik-beradik saja.

“Insya-Allah tahun ini, semua adik-beradik sepakat beraya di Alor Setar, Kedah. Saya pun pulang awal ke kampung dari 1 hingga 8 Mei kerana komitmen kerja sudah dilunaskan awal,” jelasnya.

Che Ta juga teruja apabila rumah banglonya siap diubah suai beberapa hari sebelum Ramadan menutup tirai.

“Selepas empat tahun, pengubahsuaian rumah itu tergendala. Penantian itu kini bernoktah dan dah dapat masuk rumah akhirnya.

“Cuma kerana sudah merancang awal balik ke Kedah, jadi minggu kedua raya baru dapat beraya di rumah sendiri. Saya pun pindahkan barang dari rumah lama ke kediaman baharu sedikit demi sedikit. Kemudian mulalah ‘all out’ pindahkan barang,” katanya.

Ketika ini, Che Ta muncul dengan drama Mem & Bibik -Bibik di TV3 menerusi slot Azalea sejak 4 April lalu dan Kerana Dia Suka

Drama komedi 20 episod arahan Wan Saiful Shahrizan itu turut dibintangi suaminya, Zain Saidin. Tak ketinggalan pelakon lain seperti Nabila Razali, Azza Elite, Aprena Manrose, Bell Ngasri, Lynnda Sharudin, Shakila Khoriri dan ramai lagi.

“Penggambaran drama itu sudah selesai pada 7 April lalu. Kini saya hanya ada komitmen rakaman program dekorasi, Mai Cheq Deko.

“Untuk program siaran TV Okey itu, saya jadi hos. Ia diterbitkan sebanyak 13 episod,” katanya.

Che Ta mengenakan busana bertemakan songket

Dalam pada itu, entri IG Che Ta turut menarik perhatian apabila mengadakan sesi fotografi bertemakan songket tajaan @azie_couture bersama teman baiknya termasuk pereka fesyen Man Kajang. – BOOM!

 

Previous Post

Lama Tak Dapat Job, Shuk Sahar Tertanya-Tanya Adakah Namanya Digam Stesen TV?

Next Post

“Awak, Jom Kahwin!” – Tampil Berambut Pendek, Peminat Nadhir Nasar Makin Garit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Haji Zeel Pengkritik Tegar Saya” – Kayu Atau Tak, Aidit Noh Berserah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira And Shahir ‘Unite’ For The OST Of Duyung Sequel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dilayan Buruk Staf Machine KLCC, Sekali Bunga Balas – “Gaji Aku Lagi Banyaklah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Tak Nak Silap Lagi” – Tak Fikir Panjang, Danial Chuer Rebut Peluang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Kunjung Kelab Gay, Pengurusan Hael Husaini Ambil Tindakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed’s Rape Conviction Appeal Decision Set for 23 January 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Rejects Skin-Brightening Treatment Offers

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd