Zayn Malik mengejutkan peminat apabila diumumkan kembali sebagai pengarah aktif One Direction selepas 10 tahun meninggalkan kumpulan itu.

Dokumen terbaru yang didaftarkan pada 3 November dengan Companies House menunjukkan Zayn kembali disenaraikan sebagai pengarah aktif bersama rakan-rakan bandnya, Harry Styles, Louis Tomlinson, dan Niall Horan.
Kesemua mereka berkongsi alamat perniagaan berdaftar yang sama iaitu firma undang-undang Lee and Thompson LLP. firma tersebut pernah menguruskan karier solo mendiang Liam Payne.

PPM Music Limited, syarikat asal mereka ditubuhkan ketika menang pertandingan, kini kembali memainkan peranan penting.
The Sun melaporkan, walaupun Zayn kembali secara rasmi, tiada muzik baru atau persembahan dijangka dalam masa terdekat. Louis dan Zayn juga dikatakan sedang merakam sebuah program televisyen di Amerika Syarikat.

Alan McEvoy dari Live Wire Business Management turut disenaraikan sebagai pengarah syarikat. Beliau pernah bekerja dengan One Direction dan bintang X Factor lain.

Perubahan ini dilihat sebagai tanda jelas bahawa One Direction bakal bersatu semula selepas lama berehat sejak Januari 2016. –Boom!









