Oleh Fatnin
Penyanyi popular, Shahir Zawawi, mendedahkan kehidupan dia dan isteri kekal bahagia meskipun belum dikurniakan zuriat selepas tiga tahun berkahwin.

Shahir berkata, dia menyerahkan soal zuriat sepenuhnya kepada Allah dan meyakini bahawa segala usaha manusia tertakluk kepada kehendak-Nya.
“Semua orang pasti menginginkan zuriat kita merancang tapi yang menentukannya Allah. Justeru, kita perlu yakin pada perancangan Allah. Allah itu sebaik-baik perancang. Kita serahkan tugas kepada Allah,” katanya kepada Boom!

Shahir yang pernah menetap dua bulan di Madinah tahun lalu menyuarakan hasratnya untuk berhijrah ke sana tidak pernah ‘mati.’
Katanya, dia tidak ragu-ragu untuk kembali ke sana bagi “mencuci hati” dan mendekatkan diri kepada Allah.
“Kami berharap berpeluang menetap sepenuhnya di sana,” katanya.

Dalam perkembangan seni, Shahir akan muncul di Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ 2025) pada 29 November bagi mempersembahkan lagu Hanya Kamu secara duet bersama Adira Suhaimi.
Acara yant bermula dari 28 hingga 30 Nov bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam itu turut menampilkan Family Fun Run 5KM pada 30 November nanti. -Boom!









