Pelakon terkenal, Zamarul Hisham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan selepas mengalami sesak nafas ketika menjalani penggambaran, malam tadi.
Isterinya, Diana Rafar, memaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan daripada pihak produksi yang memaklumkan suaminya mengalami kesukaran bernafas dan keadaan lemah secara tiba-tiba.
“Suami sukar bernafas ketika penggambaran. Pihak produksi hubungi saya beritahu dia sakit, lemah dan susah bernafas. Mereka terus panggil ambulans untuk bawa suami ke hospital,” katanya.
Diana yang kebetulan menemani suaminya ke lokasi penggambaran turut berada di hospital bersama anak-anak mereka.
Buat masa ini, Zamarul masih dalam pemantauan rapi di ICU, namun tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Doktor masih menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca dia sukar bernafas,” tambahnya.
Sebelum ini, Diana juga sempat berkongsi keadaan suaminya di Instagram Story, meminta doa daripada pengikutnya.
“Moga doa kalian semua, tiada apa yang serius kepada abang Zamarul Hisham Mohamed,” tulisnya.
Semoga Zamarul segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. – BOOM!
Sumber: Harian Metro