Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Waruga: Kisah Seram Inspirasi Kepercayaan Kuno Kaum Minahasa

09/02/2024
BOOM!by BOOM!
in Film
Waruga: Kisah Seram Inspirasi Kepercayaan Kuno Kaum Minahasa

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Minat terhadap elemen muzik tradisional dan nusantara terutama alat muzik gamelan menjadi faktor yang mendorong pelakon Zahiril Adzim menerima tawaran berlakon dalam filem seram ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam.’

Alunan muzik sedemikan tidak asing bagi beliau kerana minat yang dipupuk hampir setiap hari ketika menuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) lebih 15 tahun lepas.

Waruga: Kutukan Ilmu Hitam inspirasi kepercayaan kuno kaum Minahasa - UtusanTV

“Meskipun filem Waruga ini tidak menggunakan irama muzik gamelan tetapi ia masih menerapkan elemen muzik tradisional. Ini membuatkan saya tertarik untuk menjadi sebahagian daripada projek filem tersebut apatah lagi sudah lama saya tidak bekerja dengan karya yang menggunakan elemen nusantara sebegini,” katanya kepada pemberita pada malam gala tayangan perdana filem itu.

Bakal ditayang di pawagam mulai 15 Feb, Waruga turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Elvina Mohamad, Eriza Allya, Sahronizam Noor, Izzue Islam, Ruminah Sidek, Nizam Kama, Adik Putri Amirah Maisara dan Adik Syed Irfan.

VIDEO] Waruga, seram 'kuno' kaum Minahasa difilemkan

Menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang selama 20 hari dengan kos pembikinan RM1.8 juta, pengarah Azaromi Ghozali berkata jalan cerita filem ini
diinspirasikan daripada kepercayaan kuno.

“Perkataan waruga mungkin agak asing dalam kalangan orang Malaysia namun ia bermaksud tempat persemadian mayat atau makam (kubur) orang yang meninggal dunia bagi kaum Minahasa yang wujud di Indonesia.

“Mengikut kepercayaan Minahasa, jasad manusia yang meninggal dunia akan disemadi di dalam Waruga seperti kedudukan bayi semasa dalam kandungan kerana dipercayai jasad itu akan dilahirkan semula,” katanya.

Azaromi berkata justeru itu, tajuk Waruga dipilih sebagai simbolik kerana filem ini menceritakan tentang ilmu hitam dan pemujaan untuk membangkitkan semula jasad orang yang sudah mati.

WARUGA: KUTUKAN ILMU HITAM PAPARKAN KISAH SERAM KEPERCAYAAN KUNO KAUM MINAHASA

Beliau juga berkata Waruga bukanlah sekadar sebuah naskhah seram semata-mata tetapi turut berkisar tentang konflik hubungan manusia yang diperkuatkan lagi dengan elemen seram.

“Apapun saya mahu mereka yang menonton filem ini melihat dari sudut positif tentang mesej yang disampaikan, misalnya segelintir yang masih terpedaya dengan tipu muslihat iblis sehingga melakukan perbuatan yang sesat dan salah di sisi agama,” katanya.

Beberapa babak juga diolah untuk disesuaikan dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem demi menjaga sensitiviti masyarakat namun ia tidak menjejaskan jalan cerita.

WARUGA: KUTUKAN ILMU HITAM PAPARKAN KISAH SERAM KEPERCAYAAN KUNO KAUM MINAHASA

Penerbit D’ Ayu Pictures Datuk Rosmarayu Mokhtar pula berkata pihaknya tertarik untuk menerbitkan filem seram kerana ia kegemaran penonton tempatan dan sering mendapat sambutan baik.

“Sebagai penerbit, pastinya saya mengharapkan filem ini mendapat sambutan hangat penonton. Kalau kutipan memberangsangkan, mungkin filem ini akan ada sambungan atau menghasilkan filem seram yang lain pula,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah dihubungi tiga syarikat pengedaran dari Indonesia bagi mengadakan tayangan serentak di sana.

VIDEO] Waruga, seram 'kuno' kaum Minahasa difilemkan

Waruga, yang bakal ditayangkan di beberapa negara ASEAN lain seperti Vietnam, Myammar, Singapura, Brunei dan Filipina, mengisahkan tentang seorang penuntut ilmu perubatan tradisional iaitu Rewan yang tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya, telah meminta gurunya Mbah Usu Lijah untuk membangkitkan jasad wanita itu melalui kitab keturunan kaum Minahasa.

Bagaimanapun, konflik bermula apabila Rewan bertindak membunuh Mbah Usu Lijah dan merampas kitab itu untuk mengamalkan ilmu hitam bagi memenuhi
permintaannya. – BOOM!

Sumber: BERNAMA

Previous Post

Marissa Dania Antara Pelajar Paling Berjaya Di Maahad Tahfiz As Sofa

Next Post

Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Catat Penonton Paling Ramai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Hurt by Kanye’s Paris Robbery Accusation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira And Shahir ‘Unite’ For The OST Of Duyung Sequel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Announces Magika Studio Development Enters Commercialisation Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Shares Guidance For Tattooed Converts

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mila Kunis Now Handles Neighborhood Trash And Noise Complaints

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed’s Rape Conviction Appeal Decision Set for 23 January 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd