Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Wali Band Kagumi Floor 88, Tidak Sabar Kongsi Pentas 20 Mei Ini – “Mereka Kumpulan Yang Bagus!”

11/05/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Celebrity, Global
Wali Band Kagumi Floor 88, Tidak Sabar Kongsi Pentas 20 Mei Ini – “Mereka Kumpulan Yang Bagus!”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Kumpulan popular Indonesia, Wali Band, akui kagum melihat karisma dan kreativiti pemuzik muda Malaysia, Floor 88.

Gitarisnya Apoy berkata, kemunculan band seperti Floor 88 yang menyelitkan elemen Melayu dalam lagu mereka, malah turut viral di Indonesia memperlihatkan keampuhan genre muzik itu untuk terus bersaing dengan yang lain.

 

“Floor 88 telah membuktikannya apabila karya mereka melangkaui sempadan. Mereka adalah antara band dari Malaysia yang bagus, malah lagu mereka juga diterima dengan baik peminat di Indonesia.

“Justeru, menerusi kerjasama dalam Dream Festival Collaboration Vol. 2 – Wali Band dan Floor 88, kami berharap usaha ini akan dapat membesarkan lagi pengaruh muzik pop Melayu di rumpun ini.

“Kami bangga dengan muzik yang dibawakan Floor 88 yang sangat kental elemen Melayu. Antara lagu mereka yang sangat kami suka adalah Hutang (Pok Amai Amai),” katanya.

Bagi kumpulan yang dibarisi Farhan Zainal Muttaqin atau Faank (vokalis), Aan Kurnia (Apoy/gitaris), Hamzah Shopi (Ovie/keyboard) dan Ihsan Bustomi (Tomi/dram), muzik pop Melayu perlu terus dilestarikan kerana ia melambangkan identiti muzik rumpun Nusantara.

“Usaha ini perlu dilestarikan supaya muzik Pop Melayu terus hidup dan subur di rumpun ini. Kami berharap legasi muzik Wali Band akan diteruskan pemuzik muda,” kata Apoy lagi.

Wali Band yang bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Mei ini dalam rangka Dream Festival Collaboration Vol. 2 bersama kumpulan popular Malaysia, Floor 88 bagaimanapun, optimis dengan masa depan muzik Pop Melayu.

Mengulas kemunculan di pentas Zepp KL, Apoy berkata, selepas lebih lima tahun tidak beraksi di Kuala Lumpur, mereka berharap Dream Festival Collaboration Vol. 2 – Wali Band dan Floor 88 bakal mengubat kerinduan peminat yang sentiasa merindui aksi mereka.

“Sudah lama kami tidak membuat persembahan di festival besar seperti ini di Kuala Lumpur. Lebih bermakna, kami akan bergandingan dengan Floor 88 yang pada kami, memiliki karisma tersendiri di pentas.

“Kami akan memberikan yang terbaik, selain menampilkan kejutan untuk memastikan semua yang hadir pulang dengan kepuasan maksimum.

“Sudah tentu akan ada beberapa pembaharuan, terutama dari sudut susunan muzik. Sesuatu yang pasti, lagu yang bakal dipersembahkan nanti adalah lagu hits pilihan peminat,” katanya.

Mengambil masa sebulan untuk menentukan senarai lagu yang bakal dinyanyikan, Apoy berkata, Wali Band sangat mementingkan persediaan fizikal dan mental demi memastikan mereka tampil maksimum pada konsert itu nanti.

“Dalam sela latihan, kami akan luangkan juga masa untuk bersukan bagi mendapatkan stamina. Selain bola sepak, kami juga bermain ping pong kerana kami perlu sentiasa bertenaga apabila beraksi kelak.

“Kami berbangga dapat kembali beraksi di Kuala Lumpur dan pastinya, festival ini menjadi antara persembahan luar biasa untuk kami kenang sepanjang tahun ini,” katanya.

Tiket untuk menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol. 2 – Wali Band dan Floor 88 dijual pada harga RM198 (Festival), RM298 (Kategori 2), RM358 (Kategori 1) dan RM5,088 (VIP Box) boleh diperoleh menerusi laman: ticket2u.com.my.

Bagi ahli Dreamers Club Telegram, harga istimewa ditawarkan bagi sepasang tiket iaitu RM300 (Festival) menerusi Couple Package. Layari laman Instagram: @dreamfestworld dan ikuti beberapa langkah untuk mendaftar sebagai ahli kelab Dreamers bagi mendapatkan pelbagai promosi menarik serta perkembangan terkini acara anjuran DreamFest di Malaysia serta Indonesia. – BOOM!

Previous Post

“Sanggup Dia Putuskan Hubungan Dengan Saya…” – Bapa Beri Amaran Jika Mark Adam Sakiti Isteri

Next Post

[V] Lufya Omar Tuntut RM1 Juta Daripada Bekas Suami – “Ini Demi Anak Dan Pengorbanan Saya…”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Police Raid PSY’s Office Over Controlled Drug Violations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Criticizes Unfair Judgement of Widowers and Divorced Women

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd