Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

[VIDEO] “Minta Maaf” – Cef Naem Serba Salah, Pelanggan Mengamuk Kena Tunggu Dua Jam

14/04/2022
Enal Akimby Enal Akim
in Exposé
[VIDEO] “Minta Maaf” – Cef Naem Serba Salah, Pelanggan Mengamuk Kena Tunggu Dua Jam

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Kecoh baru-baru ini apabila ramai pelanggan di Hotel Le Meridien Putrajaya tidak dapat berbuka puasa walaupun sudah membuat bayaran awal untuk bufet Ramadan.

Situasi menjadi lebih ‘parah’ apabila khalayak terpaksa menunggu selama hampir dua jam kerana tidak dapat masuk ke dewan bufet yang sepatutnya mereka berbuka.

Menurut seorang pelanggan dikenali sebagai Syukri yang juga mangsa keadaan, mengakui keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku kepada hotel bertaraf lima bintang.

Keadaan di Hotel Le Meridien

“Saya sudah membayar bufet tersebut dengan harga RM 148 lebih kurang seminggu sebelum Ramadan.

“Kecewanya rasa apabila saya dan ramai pelanggan lain tak dapat berbuka puasa di situ. Bayangkan kami menunggu di lobi hampir dua jam. Ada yang mengamuk dan hampir pengsan sebab lapar.

“Namun jawapan petugas di situ hanyalah tunggu dan tunggu. Bayangkan di situ ada orang tua, kanak-kanak dan bayi yang turut menunggu,” katanya.

Menurut Syukri lagi, mereka kemudiannya dibenarkan masuk ke tempat bufet pada pukul lapan malam, namun makanan habis.

“Kami dibenarkan masuk setelah lama menunggu, namun makan sudah habis.

“Disebabkan itu, pengurus di hotel itu berjanji akan refund bayaran yang telah dibuat,” tambahnya lagi.

Kekecohan yang berlaku juga menyebabkan ramai netizen direct message (DM) kepada selebriti Cef Naem yang menjadi wajah bufet Ramadan Hotel Le Meridien Putrajaya yang bertemakan Destinasi Rasa.

Cef Naem atau nama sebenarnya Muhammad Naim Ramli yang menerima aduan peminat memohon maaf atas apa yang berlaku.

Cef Naem merupakan wajah bufet Ramadan Hotel Le Meridien Putrajaya

“Saya mewakili Hotel Le Meridien memohon maaf atas apa yang berlaku. Saya tahu ramai peminat datang nak rasa air tangan saya. Sebelum ini pun ramai yang DM mahu datang.

“Apabila insiden itu berlaku, saya pun tak boleh nak komen lebih-lebih sebab saya hanya cef yang bertanggungjawab memastikan kualiti makanan bufet.

“Kalau pihak media mahu bertanyakan apa masalah yang berlaku pada hari tersebut, saya rasa lebih elok ditanyakan kepada pihak pengurusan. Saya yakin mereka ada alasan munasabah.

“Apa-apa pun saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Kepada peminat-peminat, isnya Allah ada rezeki nanti boleh rasa masakan saya,” katanya kepada Wilayahku.

Dari sudut yang positif, di sebalik kekecohan yang berlaku terbuktilah air tangan Cef Naem memang ditunggu-tunggu ramai. – BOOM!

Previous Post

Isu Langgar Kontrak Selesai, Ben Amir Setuju Bayar RM100,000 Kepada Penerbit

Next Post

“Dia Pesakit, Bukan Penjenayah!” – Syed Saddiq Bertemu Dengan Keluarga Yasin Sulaiman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ustazah Asma’ Harun Criticises Influencer

    Ustazah Asma’ Harun Criticises Influencer

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Court Orders Seizure of Caprice’s Assets

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Meghan Trainor Welcomes Third Child Via Surrogate

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fans Entertained, Moved to Tears by EXO’s “REVERXE” Messages

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chris Noth Reveals Strained Relationship With Sarah Jessica Parker

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fauziah Latiff Apologizes as She Announces Concert After 4 Decades

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Grateful To Reunite With Hawra

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chris Noth Bongkar Hubungan Dengan Sarah Jessica Parker Retak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Son Refuses to Reconcile With Victoria, David Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Court Orders Seizure of Caprice’s Assets

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prison Risk: Park Na Rae Advised to Seek Resolution

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iskandar Ismail Crowned GV12 Champion, Takes Home RM100,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nadia Kesuma Laid to Rest in Jeddah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Court Allows Enforcement of Raja Azura’s Maintenance Claim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fans Entertained, Moved to Tears by EXO’s “REVERXE” Messages

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Red Denies Claims of Not ‘Moving On’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Megan From KATSEYE Criticized Over Alcohol And Drug Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Shows Proof Of Healthy Weight Loss Amid Netizen Criticism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tommy Lee Jones’ Daughter Found Dead In Luxury Hotel Room

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Abby Receives Delayed Mahr After 22 Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lyricist Denies Obscene Content, Emphasizes Masuk Lagi Depicts Traditional Malay Courtship

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Suffers Head Injury In Road Accident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mutawifah Not The End Of Her Career, Wan Sharmila Believes Allah’s Sustenance Is Vast

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yusof Haslam Pawned His Child’s Birth Certificate To Raise Capital

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ifa Raziah: Interpretation Of “Masuk Lagi” Lyrics Depends On Listener’s Mindset

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd