Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

[V] Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota Cipta Sejarah! Dicatat Dalam Malaysia Book Of Records

11/06/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Exclusive
[V] Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota Cipta Sejarah! Dicatat Dalam Malaysia Book Of Records

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Ratu Rock negara, Ella, 56, mencipta sejarah apabila konsertnya, Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0 diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai konsert penyanyi tempatan pertama yang tiketnya habis terjual dalam tempoh 24 jam.

Pengiktirafan tersebut membuktikan Ella masih berbisa dan secara tidak langsung telah menaikkan lagi nama artis tempatan dengan sebuah konsert bertaraf antarabangsa ini.

“Alhamdulillah, pertama sekali syukur di atas semua nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Kelu lidah untuk saya ungkapkan perasaan ketika ini.

“Malam ini terpahat sebagai memori yang sememangnya manis setelah bergelar penghibur sepanjang 35 tahun dalam karier saya, saya juga teruja dengan sambutan luar biasa dari semua penonton dan peminat yang hadir.

“Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Hitman Solutions dan Rockqueen di atas penganjuran hebat, dan penghargaan saya semestinya buat semua peminat yang sudi hadir ke konsert pada malam ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

“Saya tidak akan berada di sini tanpa sokongan anda semua, yang sedari awal telah banyak menyokong sehinggalah ke hari ini.

“Jangan gusar dan risau, doakan agar saya dapat terus sentiasa mewarnai dunia anda selagi mana diizinkan.

“Insya-Allah, semoga kita dapat berjumpa lagi di siri konsert berlainan yang akan datang. Peace, love, rindu,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata Ella merupakan penanda aras kecemerlangan industri dan ikon muzik di Malaysia.

“Sememangnya wajar konsert ini diadakan untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-35 dan sesuatu yang monumental sebagai ucapan terima kasih kepada semua penyokongnya.

“Pihak Rockqueen dan Hitman Solutions telah bekerja keras untuk memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar dari persiapan konsert ke rekaan pentas.

“Kami ingin mencipta satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan oleh peminat Ella.

“Kami juga membawa kejutan istimewa untuk peminat dengan penggunaan LED wristband – gelang tangan yang mengandungi diod pemancar cahaya dan penerima frekuensi radio yang boleh diprogramkan oleh pengarah konsert untuk menyelaraskan lampu berdasarkan lagu.

“Ella merupakan artis tempatan pertama yang menggunakan Xyloband untuk konsert di Malaysia.

“Kami sangat berterima kasih di atas peluang ini dalam mencipta suatu sejarah untuk seorang legenda dan berharap untuk terus memperjuangkan industri muzik tempatan dan maju bersama-sama,” katanya.

Ella menerusi konsertnya malam tadi telah menyanyikan lagu-lagu hit yang pernah menjuarai carta muzik: Sembilu, Pengemis Cinta, Tiada Tangis Lagi, Kesal, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Cinta Selembut Sutera, Dua Insan Bercinta, Standing In The Eyes Of The World, Peace Love Rindu dan banyak lagi.

Menariknya, lagu yang dinyanyikan berjumlah 35 buah lagu kesemuanya, sebagai simbolik 35 tahun Ella dalam industri muzik.

Ella juga kejutkan peminat dengan penampilan khas oleh Amy Search yang turut menghiburkan peminat.

Set up konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota telah direka khas untuk Ratu Rock, menggambarkan perjalanannya sebagai seorang artis.

Hitman Solutions mereka pentas berinspirasikan kepingan-kepingan puzzle yang dicantumkan. – BOOM!

Previous Post

Aktif BerTikTok, Eizlan Yusof Tubuhkan Agensi Sendiri, Cadang Tembus Pasaran Thailand Dan Fillipina

Next Post

[V] Hafidz Roshdi Akhirnya Bertemu Anak-Anak, Lepas Tiga Bulan – “Bayangkan Rindu Seorang Abah…”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Trial In Naim Daniel Sexual Assault Case Postponed To Next Year

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taeyong Becomes First NCT Member To Complete Mandatory Military Service

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Announces Divorce After 7 Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Strengthens Its Role In Developing Future National Talent

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mimi Lana Luah Rasa Sedih | Rizky Febian Mahalini Beza Agama | Abang Tesla Bawa Dua Bini Tunai Umrah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Even During Deepavali, Khairul Aming Gets Asked When He’s Getting Married!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd