Selepas bersahur tadi, sedang Cik Lesung duduk-duduk layan mengantuk, tiba-tiba mata jadi segar bugar semula.
Mana tidaknya, video yang lalu di FYP TikTok Cik Lesung bikin hati dup-dap-dup-dap!
Berkali-kali Cik Lesung tenyeh mata. Nak kata bukan dia, tetapi memang seiras betul dengan seorang pelakon remaja popular ni.
Tapi… itulah, dalam video tu, Cik Lesung tengok penampilan pelakon ni berbeza betul, tudung dah tak ada gais!
BACA: [V] Klip Penyanyi Kumpulan Pop, Cucu Artis Veteran Sedang Teguk Air Kencing Setan Tular
Setahu Cik Lesung lah, pelakon cantik manis yang dikenali sejak kecil tu sopan bertudung orangnya, akan tetapi yang gadis berkenaan bukan main terkinja-kinja, sungguh!
Paling tak disangka, pelakon putih melepak terbabit siap digendong oleh kawan lelakinya yang dipercayai rakan sekolejnya.
BACA: Dalam TV Alahai Sopan Sangat Bertudung, Masuk Kelab Salin Tak Tumpah Macam ‘Bitch’
Dan yang paling Cik Lesung tak sangka, ligat juga dia berjoget di parti hari jadi, bercampur pula lelaki dan perempuan, dah macam dalam kelab ualls!
Entahlah, Cik Lesung tak mahu komen banyak, tetapi rasanya cukup-cukuplah bersikap hipokrit. Esok lusa kalau tertangkap dek mata peminat, terduduk dik! – BOOM!