Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Universal Music Malaysia Kongsi Pentas Dengan Secret Recipe Jamu Sambil Hiburkan Pelanggan

12/05/2023
Abang Deeby Abang Dee
in Extra
Universal Music Malaysia Kongsi Pentas Dengan Secret Recipe Jamu Sambil Hiburkan Pelanggan

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Secret Recipe dan Universal Music Malaysia membuktikan sekali lagi bahawa setiap pelanggannya boleh menjamu selera dengan juadah yang lazat sambil berhibur.

Gabungan jenama kek dan bakat seni terkemuka Malaysia pasti memeriahkan hidup semua semetelah menggabungkan dua jenama sebutan ramai yang berkongsi prinsip dan nilai jenama yang sama, pada masa sama turut menawarkan sesuatu yang menarik dan berbeza.

Bagi meraikan kerjasama erat tersebut, orang ramai telah dihiburkan dengan konsert yang mengetengahkan bakat-bakat tempatan di bawah naungan Universal Music Malaysia seperti Athalia, Bella Astillah, Meer Nash dan Yonnyboii.

Konsert khas ini menyediakan platform untuk artis tempatan menyerlahkan bakat dan memperlihatkan tumpuan kedua-dua jenama.

Di samping itu, seorang lagi bakat tempatan yang diketengahkan dalam kerjasama ini ialah cef selebriti Anis Nabilah yang sebelum ini mencipta menu istimewa Ramadan dan Syawal untuk Secret Recipe.

Kerjasama tersebut menyaksikan Chef Anis berganding bahu dengan Secret Recipe untuk mencipta tiga juadah hebat iaitu Nasi Kerabu, Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik dan dua minuman yang menyegarkan iaitu Kurma Calamansi Fizz dan Ice Blended Onde-Onde bagi melengkapi sajian tersebut.

Menu bermusim ini telah dilanjutkan sehingga Julai 2023 setelah mendapat ulasan dan sambutan luar biasa daripada penggemar makanan dari jauh dan dekat.

“Sebagai jenama tempatan, kami berbangga untuk bekerjasama dengan sebuah nama antarabangsa dalam industri. Bersama Universal Music Malaysia, kami berkongsi prinsip dan nilai yang sama untuk terus memastikan segalanya relevan dan unik untuk seluruh rakyat Malaysia. Peluang berkongsi pentas dengan Universal Music Malaysia merupakan satu pengalaman yang menarik dan saya harap kerjasama ini akan berkembang maju dan diperluaskan sambil kami terus menjayakan kempen-kempen hebat. Usaha ini adalah sejajar dengan wawasan kami untuk menyajikan aneka ‘citarasa’ untuk dinikmati semua,” kata Patrick Sim, Pengarah Urusan Secret Recipe.

“Peluang bekerjasama dengan jenama terkemuka tempatan seperti Secret Recipe telah meningkatkan keupayaan kami dan ini bermakna lebih banyak kempen dan pengalaman serba baharu dan luar biasa akan dilaksanakan. Semua artis kami amat teruja dengan kerjasama ini di mana kami meneroka pelbagai cara untuk mendekati peminat sambil mengetengahkan dan menyerlahkan bakat mereka, serta berkembang maju. Kami percaya kerjasama ini memang tepat pada masanya,” ulas Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.

Mengulas mengenai perkongsian itu, Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee berkata, ia sesuatu yang menarik apabila melihat dua jenama bekerjasama untuk mencipta acara dan aktiviti yang menyeronokkan untuk golongan muda Malaysia.

“Kami sentiasa berdedikasi untuk meningkatkan momen setiap hari melalui kerjasama ini yang kami percaya akan bergema dalam kelompok komuniti Malaysia,” katanya.

Sempena Hari Ibu yang akan datang, penyanyi dan artis rap Malaysia, Yonnyboii juga telah membuat satu kad ucapan Hari Ibu edisi terhad khas untuk pelanggan yang membeli sebarang kek Secret Recipe.

Untuk menjadikan detik ini lebih manis lagi, senarai lagu Hari Ibu juga dicetak dalam kad hadiah untuk membolehkan pelanggan memainkan lagu pilihan kepada ibu tersayang, sebagai penghargaan buat insan istimewa dalam hidup mereka. – BOOM!

Previous Post

“Allahyarham Hidap Kanser Limfoma Tahap 4” – Pengurus Dedah Punca Kematian Ibu Liyana Jasmay

Next Post

“Maaf, Kalau Kurang Senang Dengan Kontroversi Saya Sebelum Ini” – Bella Astillah Mahu Jual Bakat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd