Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Umum Hamil Anak Ketiga, Britney Spears Panggil Sam Asghari Dengan Gelaran ‘Suami’

12/04/2022
Melly Millby Melly Mill
in Global
Umum Hamil Anak Ketiga, Britney Spears Panggil Sam Asghari Dengan Gelaran ‘Suami’

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Beberapa bulan bebas daripada kongkongan bapanya, penyanyi terkenal Britney Spears memberi kejutan apabila mengumumkan dia dan pasangannya Sam Asghari sedang menantikan cahaya mata.

Berita kehamilan tersebut dikongsi penyanyi berusia 40 tahun itu di Instagram pagi tadi.

Namun, apa yang lebih mengejutkan penyanyi itu turut memanggil Sam Asghari yang merupakan tunangnya dengan gelaran suami dalam pengumuman berkenaan.

Kenyataannya itu seolah-olah memberitahu bahawa mereka telah berkahwin.

“Saya kurangkan berat badan demi percutian ke Maui, (Hawaii) hanya untuk menambahkan kembali (berat badan).

“Saya fikir apa masalah perut saya? Suami saya mengatakan saya mengandung makanan!. Jadi, saya melakukan ujian kehamilan dan saya sedang hamil. Empat hari kemudian, perut semakin membesar,” tulisnya.

Britney Spears disahkan mengandung

Dalam pada itu, penyanyi Toxic itu memberitahu, untuk mengelak fotonya dirakam oleh paparazzi dia mengambil pendekatan untuk kurang keluar dari rumah.

“Saya tidak akan kerap berada di luar memandangkan paparazzi dapat wang dengan mengambil gambar saya.

“Ironinya, mereka (paparazzi) telah pun melakukannya sebelum ini,” tulis Britney.

Britney mendedahkan kehamilan bukanlah mudahnya untuknya kerana setiap kali hamil dia akan mengalami kemurungan kehamilan (perinatal depression).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Britney Spears (@britneyspears)

“Saya harus mengatakan ia sangat teruk. Wanita tidak bercakap tentangnya (kemurungan kehamilan) pada masa dulu.

“Sesetengah orang beranggapan bahaya jika wanita merungut tentang kemurungan ketika hamil. Namun, sekarang wanita bercakap tentangnya setiap hari.

“Terima kasih Tuhan, kami tidak perlu lagi berahsia tentang kesakitan itu,” ujar Britney lagi.

Sebelum ini, Britney pernah mendedahkan bahawa dia ingin berkahwin dan memiliki anak bersama Sam Asghari, 28, yang merupakan seorang jurulatih kecergasan.

Britney Spears mengakui kehamilan bukan satu fasa yang mudah

Hasratnya, bagaimanapun telah dihalang oleh penjaga rasminya ketika itu dengan memaksanya memasang alat pencegah kehamilan.

Bapanya, Jamie Spears sebelum ini dilantik sebagai penjaga selepas menerima arahan mahkamah pada 2008 apabila Britney didakwa mengalami masalah kesihatan mental.

Penyanyi itu akhirnya bebas apabila Mahkamah Los Angeles menamatkan kebenaran hak jagaan selepas 13 tahun pada November tahun lalu.

Britney sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penari, Kevin Federline pada 2004.

Menerusi perkahwinan tersebut Britney dikurniakan dua orang anak lelaki, Sean Preston, 16, dan Jayden James, 15, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007. – BOOM!

Previous Post

Derita Avaa Vanja | Lucinta Wabenci | Korupsi Di Stesen Radio | Atiq Kongsi Tip Mulus

Next Post

“Tipulah Kalau Kata Tak Rindu” – 7 Tahun Zaki Yamani Tak Beraya Dengan Jamal Abdillah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Defends Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Furious As Scammers Cheat Customers Using Her Product Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Unbothered By Negative Comments

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Social Media Drives Young Women’s Obsession With Plastic Surgery – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Henry Golding Makin Gah, Dapat Peluang Berlakon Dengan Charlize Theron Dan Uma Thurman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Hurt by Kanye’s Paris Robbery Accusation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Announces She’s Dating Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd