Pelakon Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar memaklumkan dijangkiti Covid-19, hari ini.
Khabar ringkas itu dikongsikan oleh Wan menerusi akaun Instagram miliknya.
“Tuhan suruh rehat,” coret pelakon Scammer itu.
BACA: “Ada Yang Nak Tumbuk Saya” – Wan Raja Terima Ugutan Penonton Wanita Fanatik
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/09/WhatsApp-Image-2022-09-20-at-2.58.39-PM.jpeg)
Dalam perkongsian sama aktor Dendam Seorang Isteri itu turut memuat naik gambar kit ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 dan keputusan jelas menampakkan dua garis merah.
Menjengah ruangan komen entri tersebut, majoriti melayangkan ucapan supaya lekas sembuh. – BOOM!