Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Terkenang Arwah Sepupu, Inspirasi Yuna Hasilkan Menanti – “Lagu Melayu Selepas Tujuh Tahun…”

20/03/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra, Music
Terkenang Arwah Sepupu, Inspirasi Yuna Hasilkan Menanti – “Lagu Melayu Selepas Tujuh Tahun…”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selepas tujuh tahun, akhirnya Yuna kembali dengan karya dalam bahasa Melayu yang cukup menyentuh sanubari berjudul Menanti.

Yuna yang masih berpangkalan di Amerika Syarikat itu berkata, single Menanti adalah karya yang dekat di hatinya apabila menceritakan mengenai kerinduan selepas kehilangan insan kesayangan.

“Single ini adalah sebuah lagu cinta yang menceritakan tentang kerinduan mendalam terhadap seseorang yang jauh, seseorang yang telah pergi tetapi masih lagi terpatri di hati, sebuah ikrar setia menanti seseorang yang amat dikasihinya.

“Bagi saya, apabila menulis lirik lagu ini, saya terkenangkan Allahyarhamah sepupu saya, Amy, dia juga merupakan teman baik saya, hidup saya seakan hancur apabila mengetahui bahawa dirinya kini sudah pergi buat selamanya.

“Jadi secara organiknya, saya curahkan jiwa saya ke dalam lagu ini. Ketika saya perdengarkan lagu ini kepada beberapa rakan artis, mereka merasa sedih walaupun bait-bait liriknya seperti lagu cinta,” jelas Yuna.

Lagu Menanti dihasilkan sepenuhnya oleh Yuna sendiri bersama penyanyi rap antarabangsa, penggubah lagu dan penerbit muzik yang berpangkalan di Berlin, Jerman, Kenny J Macartney dan diterbitkan oleh Yuna Music.

Bagaimanapun, Yuna tidak mahu terburu-buru menghasilkan album seterusnya dan memilih untuk memberi fokus terhadap single dan EP (Extended Play) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Selain single dan EP, saya juga mahu fokus bersama keluarga dan tidak sabar beraya bersama.

“Selepas berakhirnya pandemik, dalam bulan Ogos pada tahun 2021, saya dan suami pulang ke Los Angeles setelah lebih kurang 18 bulan berada di Malaysia, kami pergi ke sebuah tempat bernama Joshua Tree untuk menulis beberapa buah lagu dan salah satunya adalah Menanti.

“Ketika itu, Menanti masih belum dihasilkan sepenuhnya dan hanya melodinya sahaja. Kemudian pada Januari 2023, setelah membelek fail-fail lama, saya terjumpa melodinya semula dan mula menulis liriknya, pada mulanya saya mahu menulis dalam bahasa Inggeris tetapi yang keluar adalah bahasa Melayu, maka terhasillah Menanti,” katanya.

Kata Yuna, dia bersyukur selepas lama menunggu akhirnya berjaya mengubati kerinduan peminat dengan single Menanti.

“Diam tak diam, sudah tujuh tahun saya tiada single bahasa Melayu. Saya sendiri tidak sedar peredaran masa yang begitu pantas.

“Bagi saya, menanti inspirasi datang ada kalanya lambat dan tidak boleh dipaksa-paksa.

“Selama tujuh tahun ini saya banyak fokuskan tenaga untuk pembikinan album terdahulu seperti Chapters, kemudian Rouge dan terbaharu, Y5. Setiap album saya harus mempersiapkan diri untuk siri jelajah sekitar AS.

“Ketika era pandemik COVID-19 terlalu banyak perlara yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Yuna sempat berkongsi mengenai pembikinan single dan EP-nya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Diam tak diam single ‘Dan Sebenarnya’ sudah pun berusia 15 tahun, kini Yuna kembali dengan single terbaharu dan sebuah EP yang direncanakan dilancarkan pada April ini.

“Dan juga, jangan lupa nantikan EP terbaharu saya yang mengetengahkan muzik ‘folk’ dan R&B!,” katanya.

Lagu Menanti boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala audio single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Yuna. – BOOM!

Previous Post

“Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil!” – Ali Puteh Kecewa Kediaman Arwah Ibu Disita

Next Post

Zoey Rahman Terima Anugerah Daripada Yayasan Usahawan Malaysia – “Syukur Usaha Keras Terjawab…”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Many Messages Asking To Be My Wife.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Honest Reviews And Prices At Rembayung Restaurant Draw Attention

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd