Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Tahniah DS Anwar Ibrahim!” – Yasin Sulaiman Harap PM Betulkan Undang-Undang Lapuk Dadah

16/12/2022
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Celebrity, Extra
“Tahniah DS Anwar Ibrahim!” – Yasin Sulaiman Harap PM Betulkan Undang-Undang Lapuk Dadah

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yassin berkara demikian ketika ditemui media selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Dalam pada itu Yassin berharap Anwar dapat menambah baik undang-undang lapuk berkaitan dadah.

“Saya berharap agar perdana menteri kita dapat betulkan undang-undang arkib, undang-undang lapuk yang tidak menetapi perkembangan, pengetahuan dan peradaban.

“Itu telah masuk dalam kes 39B yang beliau pernah hadapi dulu mengenai kes arkib ni jadi saya harap dia faham,” katanya.

Penyanyi Mimpi Laila itu turut mengharapkan keadilan sewajarnya.

“Beliau (Anwar) pernah mengharungi perjuangan yang lebih dahsyat dan teruk berbanding saya.

“Dengan kuasa Allah akhirnya dia telah dilantik untuk jadi perdana menteri.

“Begitu juga saya mengharapkan agar ada keadilan sewajarnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mahkamah menangguhkan keputusan representasi bagi tiga pertuduhan dadah yang dihadapi Yasin pada 11 Januari tahun depan.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad menetapkan tarikh baharu itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih menunggu keputusan ketiga-tiga representasi berkenaan.

Terdahulu, semasa prosiding peguam bela Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan masih memerlukan sedikit masa untuk mempertimbangkan representasi itu yang difailkan 23 September lalu.

Pada 6 Julai lalu, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, bernasib baik apabila tidak berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram.

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mac lalu, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok ganja.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan. – BOOM!

Sumber: Sinar Harian

Previous Post

“Malas Nak Panjangkan…” – Serik Ditipu, Ryan Bakery Susah Percayakan Sesiapa, Lebih Tegas

Next Post

Bergelar Jutawan Selepas Jual Tudung, Aktres Popular Disaman Rakan Niaga Sebab Lupa Diri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Reveals Terrifying Experience Of Being Disturbed By A Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Laki Pun Ada…” – Gara-Gara Selalu Tayang Badan, Ramai DM Noki K-Clique Gambar Lucah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd