Nama Ok Taec-yeon, ahli kumpulan 2PM dan pelakon terkenal, tiba-tiba menjadi bualan hangat selepas gambarnya di hadapan Menara Eiffel, Paris tular di media sosial. Dalam gambar tersebut, Taecyeon dilihat berlutut sambil memegang kotak cincin dan sejambak bunga, seolah-olah sedang melamar kekasihnya.
Namun, spekulasi itu segera dinafikan oleh agensinya, 51K.
![](https://www.boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/02/TAECYEON-INSERT.png)
“Itu bukan lamaran, hanya hadiah ulang tahun untuk teman wanitanya,” jelas pihak pengurusan. Mereka turut menegaskan bahawa Taecyeon tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat dan gambar itu sebenarnya diambil hampir setahun lalu.
Meskipun khabar angin perkahwinan sudah disangkal, peminat tetap menyokong hubungan mereka.
“Apa pun rancangan mereka, kami tetap menyokong!” komen seorang peminat di media sosial.
Terdahulu, Taecyeon mengesahkan hubungan percintaannya sejak Jun 2020, namun lebih selesa menjaga privasi. Taecyeon mula debut bersama 2PM pada tahun 2008, idol ini terkenal dengan lagu hits seperti 10 Out of 10, Again and Again, dan Heartbeat. – BOOM!