Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

SITISM Buah Tangan Terbaharu Siti Nurhaliza, Konsep Cyber Retro Futurism Setanding Kehebatannya!

30/06/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Celebrity, Extra, Music
SITISM Buah Tangan Terbaharu Siti Nurhaliza, Konsep Cyber Retro Futurism Setanding Kehebatannya!

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih tarikh 30 Jun 2023 untuk melancarkan album terbaharu beliau yang berjudul SITISM.

Album yang mengandungi 8 buah lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak 12 lagu didalam format digital dan fizikal.

Baru-baru ini ketika konsep albumnya dikritik dan menjadi bahan hinaan ‘haters’, Siti tampil memberi penjelasan.

Menurut Siti, konsep dan imej dipaparkan dalam album adalah terjemahan kepada konsep ‘cyber retro futurism’.

“Konsep album adalah ‘cyber retro futurism’ dan ia adalah gabungan gaya seni dan reka bentuk inspirasi dari elemen masa silam seperti nostalgia dan gaya retro, masa kini serta suntikan elemen futuristik.

“Elemen futuristik dipaparkan sangat unik kerana fungsinya sebagai imaginatif mengenai pandangan masa hadapan dalam industri muzik,” katanya.

Judul SITISM dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan`ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Apabila nama Siti dan imbuhan`ism’ ini digabungkan, SITISM membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 beliau.

Mengulas foto digital yang memaparkannya memakai ‘headphone’, penyanyi lagu Aku Cinta Padamu itu berkata, visual itu adalah untuk melengkapkan lagi konsep yang dipilih.

“Visual album ini adalah simbolik kepada karya ikonik futuristik menerusi imej ‘headphone’, yang menggabungkan elemen jalinan nota muzik membentuk seperti mahkota.

“Gaya ‘headphone’ adalah simbolik gaya mendengar muzik dan audio pada era siber ini, manakala jalinan elemen nota muzik simbolik formula penciptaan iaitu komposer dan penulis lirik serta penjelajahan idea baharu untuk menghasilkan irama terbaik.

 

“Selain itu, ia turut melambangkan interpretasi perasaan dan imaginasi saya termasuk visi, misi, inspirasi, impian dan pengalaman dalam industri muzik,” katanya.

Mengenai pemilihan warna metalik yang melatari keseluruhan kulit album, Siti menyifatkan warna itu sebagai gambaran keperibadiannya yang juga menjadi tanda dagang dirinya sejak hampir tiga dekad berada dalam belantara seni.

“Gabungan warna metalik, tembaga dan kuning keemasan mewakili eksklusiviti, keanggunan dan keberanian saya yang sudah sekian lama bertapak dalam kerjaya seni,” ungkap Siti.

Salah seorang penerbit dan komposer di dalam album Sitism iaitu Aubrey Suwito adalah individu yang kerap menggunakan Sitism atau Siti-ism bagi menggambarkan Siti Nurhaliza kerana menurut beliau, apabila Siti menyanyi, ciri khas, gaya, kualiti dan suara yang dimiliki penyanyi itu unik serta senang dikenali bahawa itulah Siti Nurhaliza.

Menurut Siti, Sitism sangat bertepatan sebagai judul album kerana selama lebih 27 tahun bergiat di dalam industri muzik, beliau sudah menghidupkan jenama Siti Nurhaliza dengan ciri beliau yang tersendiri.

Tambah Siti, album Sitism adalah diri beliau yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan beliau.

Fokus Siti adalah untuk membolehkan para peminat beliau dapat mendengarkan 8 buah lagu terlebih dahulu sebelum penambahan 4 buah lagu lagi akan menjadi lebih istimewa apabila dikeluarkan di dalam bentuk fizikal selain digital kelak.

Setelah berjaya dengan single pertama Menjaga Cintamu yang dilancarkan pada 18 Mei 2023, menerusi album ini, Siti mempertaruhkan lagu berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangdewi  yang berjudul Romansa Kita.

Romansa Kita membawa tema kehebatan kisah percintaan yang berawal dengan sekadar impian namun menjadi kenyataan apabila sepasang individu menanam keyakinan untuk bersama-sama sehingga ke akhir hayat mereka.

Selain Romansa Kita (Sharon Paul/Rozisangdewi), lain-lain lagu yang terdapat di dalam album ini ialah Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) dan Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).

Album SITISM diterbitkan oleh Universal Music Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd ini boleh didapati di pelantar digital bermula 30 Jun 2023. Album penuh atau album `deluxe’ dijangka akan berada di pasaran pada awal Ogos nanti. – BOOM!

Previous Post

Michelle Yeoh Walk of Fame | Iqbal Bantu Adik Hafiz | Ira Kaza Tenang

Next Post

Killa Driz Luah Perasaan Dalam Rap$tar – Inilah Versi Diri Saya Yang Selama Ini Ingin Tampilkan Pada Dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Once Made Zul Ariffin Lose His Patience

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Opens Restaurant At A Cost Of RM4 Million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Maintains Turban Image According To Suitability

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Announces World Tour! Here Are The Locations & Dates You Need To Know

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd