Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Shahir Dedah Pernah Didekati Lelaki, Trauma Budaya Songsang Di Sekolah Agama!

07/10/2024
BOOM!by BOOM!
in Exclusive
Shahir Dedah Pernah Didekati Lelaki, Trauma Budaya Songsang Di Sekolah Agama!

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi dan bekas juara Akademi Fantasia, Shahir Zawawi tampil mengulas tentang beberapa isu hangat berkaitan kes guru rotan pelajar di sekolah agama yang sedang menjadi perbualan ramai baru-baru ini.

Menurut Shahir, pengalaman dirotan merupakan satu perkara biasa di kebanyakan sekolah, termasuk sekolah agama. Namun, yang membezakan situasi adalah sama ada hukuman tersebut dilakukan secara teruk atau dalam keadaan terkawal.

“Saya tidak terkejut dengan isu rotan kerana ia memang perkara biasa di sekolah-sekolah. Apa yang membezakan adalah sejauh mana rotan itu digunakan dengan adil atau tidak,” ujar Shahir ketika ditemui BOOM! di Yellow Brick Road Cafe hari ini.

Shahir yang juga pernah bersekolah di sekolah agama juga mendedahkan satu realiti pahit yang pernah dihadapinya ketika di bangku sekolah.

Menurutnya, budaya songsang bukan sahaja dilakukan oleh pelajar lelaki, malah sebahagian guru turut terlibat dalam perkara tidak bermoral itu.

“Saya pernah berada dalam persekitaran di mana budaya songsang berlaku. Tidak semua guru dan pelajar terlibat, tapi ada segelintir yang melakukannya. Saya sendiri pernah ‘diapproach’ untuk terjebak dalam perbuatan itu, tapi alhamdulillah, saya berjaya elakkan diri,” tambahnya lagi.

Walaupun Shahir berjaya menghindarkan diri daripada terlibat dengan perbuatan terkutuk tersebut, pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam.

Dia mengakui masih trauma sehingga kini, dan sering mengambil langkah berjaga-jaga apabila berkawan dengan lelaki.

“Saya lebih berhati-hati bila berkawan dengan lelaki. Kalau ada yang terlalu rapat hingga melebihi batas seorang kawan, saya akan cuba jauhkan diri,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai isu amang seksual yang melibatkan kanak-kanak di usia muda, Shahir menegaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka tentang pendidikan seks.

“Ibu bapa perlu bertanggungjawab mendidik anak-anak dari rumah. Mereka perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jangan tunggu sehingga perkara buruk terjadi. Ibu bapa juga perlu lebih rapat dengan anak-anak mereka, pantau pergerakan dan sentiasa berbual dengan mereka. Hanya dengan cara ini kita dapat elakkan anak-anak daripada menjadi mangsa perkara tidak bermoral,” nasihat Shahir.

Shahir turut menyeru agar pihak berwajib mengambil tindakan yang lebih tegas dalam menangani isu-isu ini supaya ia dapat dibendung dan tidak terus berleluasa.

“Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menangani masalah seperti ini. Kita tidak mahu perkara ini terus berlaku di sekolah-sekolah kita, apatah lagi melibatkan anak-anak kita yang masih muda,” katanya menutup perbualan.

Dengan pengalaman yang dilaluinya, Shahir menyeru agar semua pihak, terutama ibu bapa, sentiasa peka dan berhati-hati dalam memastikan keselamatan serta moral anak-anak mereka terjaga di mana-mana sahaja, termasuk di sekolah-sekolah. – BOOM!

Previous Post

Pengerusi FINAS Puji Anna Jobling

Next Post

Delish Magic Cooking Cube: Pilihan Sihat Dan Praktikal Untuk Setiap Dapur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Hurt by Kanye’s Paris Robbery Accusation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira And Shahir ‘Unite’ For The OST Of Duyung Sequel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Announces Magika Studio Development Enters Commercialisation Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Shares Guidance For Tattooed Converts

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Admits 2025 Is A Year Of Sorrow Despite Abundant Opportunities

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mila Kunis Now Handles Neighborhood Trash And Noise Complaints

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed’s Rape Conviction Appeal Decision Set for 23 January 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd