Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Setahun Diam Fokus Pengajian Undang-undang, Wani Kayrie Muncul Dengan Fajar – “Baru Ada Masa…”

06/03/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Setahun Diam Fokus Pengajian Undang-undang, Wani Kayrie Muncul Dengan Fajar – “Baru Ada Masa…”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selepas setahun tidak muncul dengan apa-apa produk kerana memberi sepenuh perhatian kepada pengajiannya, penyanyi Wani Kayrie kini muncul dengan single terbaharu, Fajar.

Wani berkata, selepas single Kamu Kamu pada tahun lalu, jadualnya semakin padat dengan aktiviti pengajian dan penggambaran drama.

“Jadual belajar saya pada ketika itu agak padat kerana semesternya panjang, selain itu pada masa yang sama saya juga banyak menerima tawaran untuk berlakon drama.

“Sekarang ini dah ‘longgar” sedikit sebab saya dah akan menjalani latihan praktikal selama enam bulan sebelum pengajian saya dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan di Management & Science University (MSU), Shah Alam tamat,” katanya teruja.

Mengulas mengenai Fajar, Wani berkata karya tersebut merupakan hasil ciptaan barisan komposer terkenal tanah air seperti Shazee Ishak, Audi Mok serta Tysha Tiar, terbitan Rocketfuel Entertainment.

“Lagu Fajar menceritakan tentang cahaya yang membawa maksud sebuah pengharapan buat setiap insan untuk terus melangkah dalam hidup meskipun menerima banyak ujian dan dugaan.

“Saya percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup ada hikmahnya, dan cahaya itulah yang menjadi sumber kekuatan setiap insan dalam mencari hala tuju hidup yang sebenar tanpa menoleh kebelakang serta tidak mengulangi kesilapan masa lalu yang menjadi sejarah hitam,” katanya.

Ingin lari dari kebiasaan, Wani mahu mencabar kemampuan dirinya sebagai penyanyi dengan mencuba sesuatu yang baharu.

Karya istimewa dalam nuansa balada ini jelas kedengaran moden dengan elemen muzik elektronik yang menambah keunikan penciptaannya sesuai dengan halwa telinga pendengar masa kini yang mahukan sesuatu yang segar.

“Idea di sebalik genre untuk single ketiga ini datangnya dari saya sendiri kerana mahukan kelainan yang lebih kepada menonjolkan kemampuan vokal.

“Proses rakaman hanya memakan masa selama sehari sahaja, senang bekerja dengan abang Audi Mok kerana beliau pernah menulis lagu untuk saya sewaktu berumur 17 tahun berjudul ‘Aku Suka Kamu’.

“Abang Audi juga tahu akan kebolehan vokal saya, dan mudah untuk kami mengembangkan idea semasa rakaman lagu Fajar ini, banyak juga yang saya pelajari bersama komposer lain.

“Shazee Ishak antaranya memberi idea untuk penambahan ‘ad-lib’, penambahbaikan lagu dan selalu berpesan untuk menyanyi dengan ‘hati yang ikhlas’ kerana baharulah mesej yang cuba disampaikan lebih terkesan, dan tidak bergantung hanya pada nyanyian teknikal sahaja,” tambah Wani lagi.

Dalam pada itu Wani berkata, penglibatannya dalam Famili Duo baru-baru ini juga merupakan satu kelebihan kerana dapat menonjolkan bakat dimiliki.

“Saya baharu sahaja tamat dengan penglibatan dalam sebuah program televisyen realiti ‘Famili Duo’ bersama Bella Astillah di mana kami berjaya meraih tempat ke-3.

Wanie Kayrie dan Bella Astillah merupakan pemenang tempat ke-3 dalam Famili Duo.

“Syukur Alhamdulillah rancangan tersebut telah membuka mata ramai orang di luar sana yang dapat melihat kebolehan saya dalam menyanyikan pelbagai lagu dengan genre yang berbeza.

“Banyak yang saya pelajari melalui program tersebut terutamanya dari segi kemahiran vokal, idea untuk konsep sesebuah persembahan dan pembaharuan gubahan lagu asal ke genre yang berbeza dalam masa yang singkat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, En. Feros Sayna berkata Wani merupakan artis muda negara yang sentiasa bekerja keras dalam memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang diceburinya.

“Semangat yang dimilikinya wajar dijadikan contoh oleh anak-anak muda di luar sana untuk berjaya dalam hidup. Semoga lagu Fajar nyanyian Wani dapat melonjakan lagi namanya dan terus mendapat pengiktirafan yang sewajarnya,” katanya.

Single terbaharu ini turut disertakan video muzik yang sudah boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Lagu Fajar boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. – BOOM!

Previous Post

[V] Alunan Lagu Nusantara, Kelunakan Vokal Feby Putri Pukau Penonton – “Penjiwaannya Mantap, Cukup Rencah…”

Next Post

Status Representasi Sharnaaz Gugurkan Caj Cederakan Pengawal Keselamatan Diketahui 5 Mei

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Peserta The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Kugiran Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Slams Cheating Rumors – “I Got Close After The Divorce”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sweet Birthday Message From Karel Susanteo To Anna Jobling Steals The Spotlight

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Recovering, Undergoing Physiotherapy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Faces Legal Action For Hanging Bras On Hollywood Sign

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd