Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Serina Hilang Hak Jagaan Kekal Selepas Anak Keduanya, Isabella Ditemu Bual Mahkamah

10/02/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Serina Hilang Hak Jagaan Kekal Selepas Anak Keduanya, Isabella Ditemu Bual Mahkamah

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan hak penjagaan kekal anak kedua pelakon Serina Redzuawan, Isabella Saffiya O’luanaigh diberikan kepada bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin, 46, berkata, mahkamah memutuskan demikian selepas menemu bual Isabella, 12, pada prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zalinah Ahmad.

“Mahkamah membuat keputusan setelah menemu ramah Isabella tentang pilihannya selama hampir 30 minit selain turut mendengar keterangan Gavin serta hujahan pihak kami,” kata peguam syarie itu.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, meskipun mahkamah sebelum ini memberikan hak penjagaan kekal Isabella kepada Serina dan seorang lagi anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh,13, kepada Gavin, tetapi Serina tidak pernah mengambil Isabella tinggal bersamanya sehingga hari ini.

Katanya, semasa prosiding, Gavin turut memaklumkan kepada mahkamah dia percaya Serina kini tinggal di Perlis setelah berkahwin lain.

“Berdasarkan keputusan hari ini, hak penjagaan Tristan dan Isabella kini diberikan kepada Gavin. Serina diberikan hak lawatan dua minggu sekali,” ujarnya.

Bagaimanapun semasa prosiding berlangsung semalam, Serina, 39, tidak hadir ke mahkamah walaupun saman telah diserahkan kepadanya.

Sementara itu, ditanya perasaan Gavin berhubung keputusan tersebut, Zainul Rijal memaklumkam anak guamnya bersyukur kerana anak-anaknya tidak lagi berisiko dan dipisahkan tempat tinggal mereka.

Berdasarkan dokumen tuntutan yang difailkan pada 9 Februari tahun lalu, antara alasan Gavin menuntut hak penjagaan kekal terhadap Isabella adalah disebabkan Serina berkahwin lain selain kerap berpindah tempat tinggal.

Gavin juga turut menyatakan, bekas isterinya didapati berpindah ke Arau, Perlis sekali gus menyukarkan wanita berkenaan untuk menjalankan tanggungjawabnya memelihara kebajikan serta keselamatan Isabella.

Pada 26 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan Serina mendapat hak penjagaan kekal terhadap Isabella sementara Gavin mendapat hak penjagaan kekal ke atas Tristan.

Mahkamah ketika itu membuat keputusan tersebut selepas meneliti fakta dan berpuas hati dengan permohonan yang dikemukakan Serina selaku pemohon untuk mengubah perintah hadanah (hak penjagaan anak) kekal.

Serina memfailkan permohonan untuk mengubah perintah hadanah kekal pada 26 Februari 2018 atas alasan antaranya Gavin yang juga warga Britain tidak mengamalkan hidup secara Islam dan bimbang anak-anaknya akan murtad.

Pada masa sama Serina juga khuatir anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia memandangkan keluarga bekas suaminya itu berada di London.

Sebelum ini, Serina memberikan hak penjagaan kekal dua anak mereka kepada Gavin melalui satu penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.

Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010, namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Tristan dan Isabella. – BOOM!

Sumber: KOSMO! ONLINE

Previous Post

“Check Diri Sendiri, Bertoleransi Dan Ambil Berat Tentang Orang Sekeliling…” – Alyph

Next Post

Fasha Sandha Tegur Netizen | Serina Redzuawan Tak Dapat Hak Jagaan Anak | Alyph Muhasabah Diri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Many Messages Asking To Be My Wife.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Thank You All!” – Luna In Critical Condition, Awal Ashaari Touched By Outpouring of Support

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd