Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Seniman Buat Laporan Polis, Gesa Tindakan Tegas Terhadap Penerbit Dan Pengarah Mentega Terbang

04/03/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Seniman Buat Laporan Polis, Gesa Tindakan Tegas Terhadap Penerbit Dan Pengarah Mentega Terbang

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit dan pengarah filem Mentega Terbang di bawah Akta Hasutan 1948.

Setiausah Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata, filem tersebut mempermainkan agama Islam sedangkan agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia.

“Kalau kita tengok cerita itu ada beberapa babak seolah-olah menghasut anak itu untuk bertukar agama sesuka hati. Kita juga desak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasat di bawah Akta SKMM.

“Kita tak nak dengar apa-apa alasan. Pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) juga dah keluar kenyataan filem ini memang salah dan ada unsur-unsur lari akidah. Mereka juga keluar kenyataan untuk jumpa produksi filem ini.

“Saya gesa Jakim jangan hanya menyiasat malah ambil tindakan yang sangat tegas. Ini penting kerana Seniman terima banyak aduan berkenaan filem ini.

“Ada juga yang bertanya berkenaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Apa tindakan yang boleh diambil mereka? Soalan saya setiap produksi yang buat penggambaran perlu ada Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

“Saya juga gesa Finas siasat perkara ini. Adakah mereka ada semua ini? Jika tiada, Finas juga boleh ambil tindakan. Di pihak Seniman pula, semakin mendapati mereka semua bukan ahli Seniman.

“Dalam syarat undang-undang kecil Padu Citra mereka kena jadi ahli Seniman dan persatuan-persatuan lain. Saya gesa Finas siasat. Kalau tiada semua ini mereka tak boleh berlakon. Seniman juga akan senarai hitam mereka bergantung kepada mesyuarat exco nanti,” katanya.

Hafiz berkata, laporan ini juga akan dipanjangkan kepada Menteri Kementerian Komunikasi & Digital Fahmi Fadzil.

Semalam, Seniman membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, terhadap penerbit filem Mentega Terbang yang mencetus kontroversi dan tular selepas didakwa mempersendakan Islam.

“Saya menganggap filem ini menghina dan juga menghasut rakyat Malaysia supaya bertukar agama. Benda ini adalah benda yang salah 100 peratus. Tak kisahlah pengarahnya kata kena tengok dulu filem ini sampai habis. Banyak lagi kandungan lain boleh dibuat, tapi bab agama dan bab perpaduan jangan diusik

“Sebelum ini Seniman pernah buat laporan polis terhadap filem Babi arahan Namawee, kini masih lagi ada percubaan yang nak mengganggu-gugat umat Islam dan Perlembaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, pada Jumaat.

Sementara itu, Penasihat Agama Seniman, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, produksi ini tidak merujuk al-Quran sepenuhnya sebelum menghasilkan filem terbabit sehingga menimbulkan kekeliruan.

“Kami akan ambil langkah lain sekiranya laporan ini tiada tindakan. Seniman tidak akan berdiam diri,” katanya.

Filem arahan Khairi Anwar dan diterbitkan Tan Meng Kheng ini mula ditayangkan melalui platform penstriman Viu pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui.

Ia mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.
Malah ada babak yang menunjukkan ayah Aishah berfahaman liberal tidak menyekat anaknya itu murtad selepas mengkaji pelbagai kitab agama lain konon mencari jawapan. – BOOM!

Sumber: Harian Metro

Previous Post

Music Is Universal Bawa Zack Tabudlo Bertemu Peminat Di Kuala Lumpur Malam Ini

Next Post

Penerbit Pulau Akur 10 Babak Panas Dipotong, Masih Tunggu Keputusan Rayuan Tayangan Di Terengganu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ben Amir Shares Heartwarming Moment As Girlfriend Embraces Islam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ya, Kami Dah Putus!” – Empat Tahun Bercinta, Riena Diana Reda Impian Berkahwin Musnah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Tak Nak Silap Lagi” – Tak Fikir Panjang, Danial Chuer Rebut Peluang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed’s Rape Conviction Appeal Decision Set for 23 January 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd