Pelakon cilik yang semakin meningkat remaja, Jay Nazif pada Sabtu lalu mengadu bahagian kaki kanannya terasa sakit selepas menyertai perlumbaan merentas desa di sekolahnya.
Jay atau nama penuhnya Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi, 14, berkata, selepas mendapatkan rawatan pada Khamis, doktor mendapati tulang di bahagian telapak kakinya retak.
Jay bersama Pakar Perunding Orthopaedic, Dr Narinder Singh yang bertugas di Hospital Seberang Jaya.
“Kata doktor, tulang itu dah lama retak dan disyaki ia berlaku pada tahun lalu sebab dulu saya pernah tergeliat.
“Cuma masa tu saya tak rasa sakit sangat dan selang beberapa hari, keadaan kembali normal. Jadi ketika itu saya tidak membuat sebarang rawatan atau melakukan pemeriksaan.
Jay ketika menerima rawatan.
“Sabtu lalu, apabila saya melibatkan diri dalam acara merentas desa, kesakitan sama berulang kembali dan makin melarat selepas beberapa hari.
“Sebaik melakukan pemeriksaan di klinik dan menjalani sinar-X, doktor mengesan berlaku keretakan di telapak kaki,” terang Jay ketika dihubungi.
Lutut Jay turut mengalami kecederaan.
Tambah Jay, doktor mengesyaki kecederaan di telapak kakinya itu sudah lama berlaku hingga menyebabkan ia melarat ke bahagian lutut.
Disebabkan kecederaan dialaminya kini, kaki Jay disimen bagi mengelakkan ia bertambah teruk, sekali gus terlepas beberapa peluang penggambaran drama. – BOOM!