Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Saya Tak Memilih, Ada Impian Besar” – Lebih Komited, Radin Bakal Umum Berita Gembira

26/12/2021
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Celebrity, Entertainment, Exposé, Extra
“Saya Tak Memilih, Ada Impian Besar” – Lebih Komited, Radin Bakal Umum Berita Gembira

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selebriti serba boleh yang kini bertugas di konti radio Era, Radin Amir memberitahu, dia tidak pernah memilih setiap tawaran yang hadir kepadanya.

Bagi pemilik nama sebenar Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31, paling penting soal kesesuaian masa dan jadual hariannya sebelum menerima sesuatu tawaran.

“Saya ada tugas hakiki sebagai penyampai radio Era. Jadi saya kena fikirkan itu sebelum berani mengambil komitmen lain.

“Kalau tawaran yang tidak bertembung pasti saya terima dengan hati terbuka, tetapi kalau sampai perlu berada di luar lokasi, itu memang saya mohon maaf sebab tidak boleh lakukan,” katanya kepada Boom!.

Radin menambah dia sendiri sentiasa bersedia untuk menerima cabaran menerusi tawaran sama ada sebagai pengacara atau pelakon, namun tidak boleh terima sesuka hati.

Baginya, dia enggan menjadi masalah kepada pihak lain sekiranya gagal mengikut perancangan kerjaya yang ditetapkan.

Radin berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya dia terlalu memilih tawaran yang diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, anak ketiga dari empat beradik itu mengakui mengidam untuk menjadi pengacara program yang lebih besar termasuk untuk acara berprestij.

“Saya tak kisah asal bawa rezeki saya okay saja. Pastinya saya juga ada cita-cita dan impian, mesti nak jadi pengacara untuk acara besar.

“Saya bersyukur bakat saya semakin dilihat dan yakin akan ada rezeki untuk saya nanti,” katanya yang sentiasa merendah diri.

Memiliki personaliti disenangi ramai, sang arjuna berasal dari Perak itu juga mengakui dalam perancangan untuk menamatkan zaman solo.

Kata Radin, semuanya akan dimaklumkan apabila sudah bersedia.

“Tiba masa yang sesuai, saya pasti akan kongsikan kepada umum,” ulasnya ringkas sambil difahamkan bahawa si kacak itu sedang menyulam cinta dengan seorang pramugari syarikat penerbangan asing.

Menerusi satu entri dimuat naik di laman Instagram miliknya, Radin terbuka ‘menayangkan’ gerangan kekasih hati yang bernama Azlina Idris, 30.

Radin dijangka bakal menoktahkan status bujangnya dalam masa terdekat dengan seorang pramugari.

Malah kata-kata manis beserta foto perkongsiannya nyata menyerlahkan sisi romantis Radin yang sememangnya terkenal dengan gelaran Raja Ayat Pikat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAA (@radin_era)

“Saya doakan segala yang terbaik untuk sayang dalam segala perkara, kesihatan, pekerjaan, kehidupan, masa depan dan semuanya..

“Didoakan agar berjaya dunia akhirat. Mohon Allah kurniakan nikmat kesyukuran, kecukupan serta keredaan untuk setiap perkara dalam hidup yang sayang buat sekarang atau akan datang.

“I love you sayang (ucapan panjang dalam WhatsApp),” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Dalam pada itu, dia mengakui masih merindui dan berasa kehilangan ibunya, Allahyarham Feridah Hashim pada Februari lalu.

“Hanya mereka yang sudah melaluinya saja faham. Sampai hari ini saya akui masih sebak dan ada kalanya menangis tatkala terkenangkan arwah,” jujurnya sambil tersenyum.

Radin bagaimanapun sentiasa berdoa agar dirinya terus diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang. – BOOM!

Previous Post

“Alif Satar Sumber Rujukan Saya” – Kumpul Tip Jadi Bapa, Ikmal Amry Teruja Beralih Fasa

Next Post

Gagal Uji Bakat TV, Ressa Yang Dulu Daif Kini Hidup Ibarat Dihujani Wang Dari Langit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kembali Jadi Deejay, Shuib Mahu Bangkit Semula – “Otak Tepu Sebab Lama Sangat Tidur”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yayasan KRU Meterai MoU Demi Perkasa Kerjasama Dan Jaringan Universiti – Industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Everyone Has Their Own Trials – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Reveals Panic Attacks Prevented Her From Leaving The House

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Elly Mazlein Turns Down Nearly RM500,000 Offer To Remove Hijab

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd