Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Saya Faham Situasi Mereka, Tetapi…” – Syafeek Keliru Salah Siapa?

13/10/2021
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Entertainment, Exposé
“Saya Faham Situasi Mereka, Tetapi…” – Syafeek Keliru Salah Siapa?

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sebaik terma syarat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, khalayak dilihat menyerbu lokasi perkelahan terutama yang berdekatan air terjun atau pantai.

Di sebalik keghairahan merai dan menikmati kebebasan usai ‘dikurung’ sekian lama, ramai pula yang alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP), seolah-olah mensia-siakan keistimewaan diberikan.

Justeru, Syafeek Ikhwan terpanggil untuk menyuarakan kebimbangannya menyaksikan para pengunjung yang berasak-asak memenuhi kawasan tumpuan berkenaan.

“Secara peribadi, saya amat memahami situasi dialami mereka yang mendiami rumah sempit bersama ahli keluarga yang ramai.

“Jadi, apabila ada kesempatan, pastinya mereka tidak sabar untuk keluar dari kesempitan, mencari tempat yang lebih selesa.

“Sedangkan kita yang tinggal di rumah luas pun rasa macam terperangkap, inikan pula mereka yang terpaksa duduk di ruangan kecil,” katanya berkongsi pendapat kepada Boom!.

Paling penting, Syafeek mengingatkan, masing-masing perlu bertanggungjawab mematuhi SOP ditetapkan kerana negara masih belum bebas daripada cengkaman virus Covid-19.

“Sebaik-baiknya, ambil langkah pencegahan rapi dan teliti demi menghindar risiko dijangkiti penyakit, selain soal keselamatan,” ulasnya.

Menyentuh karier seninya, juara dunia I-Sing World 2018 itu berkata, kini dia menguruskan sendiri jadual pembahagian masa antara bidang nyanyian dan jawatan disandang.

Ujar penyanyi berusia 32 tahun itu, dia masih meneruskan tugas selaku pegawai eksekutif kerajaan di sebuah suruhanjaya dan fokus menyediakan program latihan serta pembangunan.

“Diakui, masa saya memang terhad antara tugas harian dan aktiviti nyanyian. Namun saya cuba imbangi sebaik mungkin.

“Khidmat di bawah suruhanjaya ini perlu diteruskan selaku penerima biasiswa tajaan sewaktu menuntut di sebuah universiti di Paris, Perancis suatu ketika dahulu.

“Tanpa bantuan, belum tentu keluarga saya mampu menanggung kos keseluruhan yuran pengajian di sana,” jelas empunya nama Muhammad Syafiq Ikhwan Ghazali itu.

Kali terakhir muncul dengan single berjudul Penjara, TikTok menjadi platform pilihan Syafeek demi meneruskan kesinambungan kerjaya nyanyiannya.

“Saya pilih TikTok sebab impaknya tidak sama dengan aplikasi media sosial lain.

“Awal-awal dulu memang terkejut, lama kelamaan pengguna TikTok lain beri sokongan yang baik,” katanya.

Meskipun sibuk, menyanyi tetap diutamakan dan Syafeek tekad takkan berhenti untuk membuktikan kehebatan suara dimilikinya agar kekal relevan dalam industri muzik tempatan.

Biarpun kekurangan dari sudut populariti, namun kualiti bakat seni yang dipersembahkan jadi faktor utama dia masih bertahan sejak kemunculan pertama pada 2015 berbekalkan debut Tanpa Arah.

Previous Post

“Tiada Siapa Pilih Penceraian” – Isteri Shuk Sahar Syukur Ditunjuk Jalan

Next Post

“Tiada Apa Nak Dikomen” – Akui Goyah, Siti Saleha Sah Fail Tuntutan Cerai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Court Orders Seizure of Caprice’s Assets

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ustazah Asma’ Harun Criticises Influencer

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Meghan Trainor Welcomes Third Child Via Surrogate

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fans Entertained, Moved to Tears by EXO’s “REVERXE” Messages

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chris Noth Reveals Strained Relationship With Sarah Jessica Parker

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Grateful To Reunite With Hawra

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fauziah Latiff Apologizes as She Announces Concert After 4 Decades

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chris Noth Bongkar Hubungan Dengan Sarah Jessica Parker Retak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Awie Hesitant to Act, Lost Without Mamat Khalid

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Son Refuses to Reconcile With Victoria, David Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Court Orders Seizure of Caprice’s Assets

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prison Risk: Park Na Rae Advised to Seek Resolution

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iskandar Ismail Crowned GV12 Champion, Takes Home RM100,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nadia Kesuma Laid to Rest in Jeddah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Court Allows Enforcement of Raja Azura’s Maintenance Claim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Red Denies Claims of Not ‘Moving On’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lim Sung-geun Admits to 3 Drunk Driving Offenses

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Megan From KATSEYE Criticized Over Alcohol And Drug Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Shows Proof Of Healthy Weight Loss Amid Netizen Criticism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tommy Lee Jones’ Daughter Found Dead In Luxury Hotel Room

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Abby Receives Delayed Mahr After 22 Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lyricist Denies Obscene Content, Emphasizes Masuk Lagi Depicts Traditional Malay Courtship

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Suffers Head Injury In Road Accident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mutawifah Not The End Of Her Career, Wan Sharmila Believes Allah’s Sustenance Is Vast

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yusof Haslam Pawned His Child’s Birth Certificate To Raise Capital

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ifa Raziah: Interpretation Of “Masuk Lagi” Lyrics Depends On Listener’s Mindset

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd