Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

18/05/2022
Kapten Khaiby Kapten Khai
in Celebrity, Extra
“Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Umum mengetahui bahawa pelakon kacak Nafiz Muaz telah berkahwin dengan Nur Diyana yang merupakan ahli perniagaan dan adinda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah pada 2 Januari tahun lalu.

Namun, selepas melangsungkan perkahwinan ramai yang tertanya adakah pelakon berusia 23 tahun ini telah meninggalkan tanda noktah dalam karier seninya selepas dilihat jarang mengemaskini akaun media sosial.

Menjawab persoalan tersebut, Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir berkata dia masih aktif berlakon sehingga ke hari ini.

Menurut Nafiz, dia sengaja berbuat demikian kerana ingin memfokuskan keluarga baharu bersama isteri tercinta selain mengutamakan perihal kariernya sebagai seorang pelakon berbanding kisah peribadi.

“Ada yang cakap bila kahwin dengan kerabat diraja atau yang mempunyai pertalian darah dengan mereka kena kawal semua perkara. Tetapi bila saya dah jadi sebahagian daripada mereka tak ada pun sebarang tanggapan itu. Yang penting kita jujur, ikhlas dan jaga nama baik keluarga.

“Saya memang jaga perihal peribadi kerana ingin menjaga nama baik saya dan keluarga. Saya tak pernah ambil kesempatan berkahwin dengan adik salah seorang kerabat diraja atau sebaliknya kerana saya memang bekerja keras untuk isteri dan keluarga.

“Kalau boleh saya nak orang anggap saya bukan orang yang senang kerana takut akan ada pihak yang bersikap busuk hati dan saya selesa untuk sentiasa bersikap merendah diri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon Kau Cipta Kasih ini berkesempatan untuk berkongsi pengalamannya berhari raya bersama kerabat Diraja Terengganu.

Akui Nafiz, dia agak kekok ketika pertama kali memasuki istana memandangkan pelbagai perkara perlu dipelajari terutamanya berkaitan protokol.

“Apabila raya kami menghadap istana kerana akan ada sesi makan bersama keluarga. Banyak benda baru sebenarnya yang saya belajar dan saya agak kekok apabila pertama kali masuk ke dalam istana.

“Kalau Sultanah Nur Zahirah sebelum kahwin saya panggil Tuanku tapi bila kami dah jadi keluarga saya bahasakan diri saya Nafiz dan saya panggil baginda sebagai Kak Zahirah. Kalau Sultan Mizan, saya masih panggil sebagai Tuanku.

“Saya pun dah tak rasa kekok dan keluarga diraja pula mereka terima saya seadanya tanpa mengira darjat atau status walaupun saya orang seni dan bukan golongan berada. Itu adalah rezeki yang Allah bagi pada saya.” kata Nafiz

Bagaimanapun, dedah Nafiz sikap peramah kerabat diraja Terengganu terutama Sultanah Nur Zahirah yang tidak meletakkan sebarang jurang perbezaan status diantara mereka membuatkan hubungan kekeluargaannya lebih erat.

Nafiz Muaz telah berkahwin dengan Nur Diyana pada 2 Januari 2021

“Baginda tak nak saya rasa bila kami makan semeja, saya akan rasa macam orang luar . Baginda nak saya rasa seperti keluarga dan orangnya sangat peramah.

“Baginda seorang yang santai dan saya suka perwatakan Baginda sehingga kami boleh bersembang lama pelbagai perkara. Dia masih pekat cakap Kedah walaupun berkahwin dengan orang Terengganu. Kadang-kadang saya cakap dialek Kuala Lumpur, Baginda akan pandang pelik.” seloroh Nafiz.

Nafiz ditemui baru-baru ini ketika di majlis rumah terbuka dan ulangtahun satu dekad syarikat naungan Manggis Group, Celebrate TV.

Dalam majlis sama, sebuah memorandum persefahaman turut diadakan menerusi sebuah lagi anak syarikat tersebut, Tok Mart Sdn Bhd (Tok Mart) bersama Iana Corporation dari Miri, Sarawak yang membawa jenama Siti Payung. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Lebih Baik Jangan!” – Jarang Kongsi Gambar Suami, Rumah Tangga Adriana Adnan Bahagia

Next Post

“Kanabis Tak Salah…” – Yasin Sulaiman Bersyukur Kerajaan ‘Setuju’ Halalkan Ganja

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Announces She’s Dating Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘The Brutalist’ Actor Admits He’s More Selective After Winning An Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “She’s Beautiful” – Identity Of Kim Jong-kook’s Fiancée Revealed?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Past Controversy, Cho Jin-woong Announces Retirement

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Accused Of Changing Religion, Daiyan Urges Reporting Of Fake Account

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Hurt by Kanye’s Paris Robbery Accusation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Rejects Skin-Brightening Treatment Offers

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd