Bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim, berkongsi luahan hati penuh emosi terhadap anak perempuannya, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-17 baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Azrinaz tidak dapat menahan rasa rindu terhadap Ameerah, menyatakan bahawa walaupun sudah 17 tahun berlalu, dia masih merasakan seolah-olah baru semalam melihat anaknya membesar.
Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah
“Saya menahan sakit merindui awak selama ini, kerinduan yang tidak pernah reda,” tulisnya.
Azrinaz turut mengungkapkan rasa bangga terhadap perkembangan anak perempuannya, yang disifatkan sebagai cerminan dirinya.
“Awak adalah saya dan saya adalah awak,” katanya lagi.
Selain itu, Azrinaz memuji kecantikan Ameerah yang semakin menyerlah dan tidak pernah gagal memukau dirinya.
“Dalam kelas tersendiri, kecantikan awak tidak pernah berhenti memukau saya,” tambahnya.
Di akhir perkongsiannya, Azrinaz mengharapkan Ameerah terus mengejar impian dan mencapai kejayaan dalam hidup.
“Terbang tinggi, puteri kesukaan dunia saya. Saya bangga memanggil awak milik saya,” tulisnya.
Sebagai info, Azrinaz pernah bergelar isteri Sultan Brunei pada 2005 dan dikurniakan dua anak, termasuk Pengiran Muda Abdul Wakeel. Kini, beliau bahagia bersama suami, Firoz Khan Abdul Hamid, dan dua anak mereka, Areesya Malaykha, 6, serta Atheera Medinah, 4. – BOOM!