Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Saujana Tak Sangka Dipelawa Siti Nordiana – “Keluarga Bahagia Adalah Lagu Kesukaannya”

24/03/2023
Abang Deeby Abang Dee
in Extra
Saujana Tak Sangka Dipelawa Siti Nordiana – “Keluarga Bahagia Adalah Lagu Kesukaannya”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Baru sahaja kembali merancakkan industri muzik tanah air menerusi penganjuran Konsert Saujana 25 Tahun sempena ulang tahun penubuhan mereka, kumpulan nasyid tersebut memanfaatkan kesempatan yang ada untuk melancarkan produk duet terbaharu iaitu Keluarga Bahagia bersama Siti Nordiana.

Anggota Saujana, Suffian Amrin, 42, memaklumkan, kolaborasi tersebut adalah yang pertama kali buat mereka dan versi duet itu telah disuntik nafas baharu sesuai dengan cita rasa pendengar moden.

Gandingan julung kali Saujana dengan penyanyi pop.

“Ini merupakan hadiah untuk peminat yang selama ini berulang kali meminta agar lagu-lagu lama kami dirakam, digubah dan dihasilkan menjadi versi baharu.

“Saujana telah menerima pelawaan daripada pihak Siti Nordiana dan Seventeen Eleven Music untuk berduet dan akhirnya, ia menjadi.

“Kalau diikutkan, kerjasama ini merupakan yang pertama dilaksanakan antara kami dengan artis rakaman lain,” katanya.

Keluarga Bahagia merupakan single yang dimuatkan dalam album pertama kumpulan berkenaan berjudul Saujana terbitan tahun 1997.

Lagu tersebut diberi nafas baharu, melibatkan sentuhan penerbit, Zimi. Proses rakamannya membabitkan empat anggota Saujana termasuk Dr. Khairul Idzwan Baharin, 42, Suffian, Azalinor Abd. Rahman, 42 dan Ahmad Zuhaidi Abd Aziz, 44.

Diajak berbicara tentang susunan lagu, kata Suffian, konsep yang diketengahkan merupakan hasil pilihan dan perbincangan Saujana, Siti Nordiana dan pihak penerbit.

Keluarga Bahagia adalah lagu kegemaran Siti Nordiana sejak zaman sekolah.

“Siti Nordiana juga meminta agar lagu ini tidak diubah terlalu banyak semata-mata mahukan nuansa moden.

“Ini kerana, dia mahu supaya mesej dan emosi yang ingin disampaikan di dalam bait-bait liriknya dapat dipelihara,” jelasnya.

25 tahun lalu, Saujana munculkan diri dalam industri nasyid tempatan dan Keluarga Bahagia antara lagu yang melonjakkan nama mereka selain Sepohon Kayu.

Dalam pada itu, Suffian memaklumkan Saujana akan melunaskan permintaan peminat yang mahu lagu-lagu lama mereka terus diterbitkan semula dengan konsep yang boleh diterima pendengar baharu.

“Ini adalah permintaan peminat, jadi kami akan lunaskan dengan lebih banyak lagu lagi selepas ini. Buat masa ini ada beberapa yang sudah dalam perancangan kami,” tambahnya. – BOOM!

Previous Post

Pertelingkahan Syamsul Dan Aaron, Ini Respons Sharnaaz Ahmad Apabila Namanya Dipetik

Next Post

[V] Syamsul Berdoa Agar Sarah Terima Ira – “Saya Akan Bersemuka Untuk Bincangkan Giliran”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Admits 2025 Is A Year Of Sorrow Despite Abundant Opportunities

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ben Amir Shares Heartwarming Moment As Girlfriend Embraces Islam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • In-Ear Device Explodes, Hwasa Reveals Serious Hearing Issues

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Criticized By Netizens After Nose Job, Nur Sajat Explains True Reason

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed’s Rape Conviction Appeal Decision Set for 23 January 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd