Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Rosyam Nor Dilantik Duta Keusahawanan PKNS

27/02/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
Rosyam Nor Dilantik Duta Keusahawanan PKNS

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melantik pelakon terkenal dan usahawan berjaya Datuk Rosyam Nor sebagai Duta Keusahawanan PKNS, berkuat kuasa 1 Disember 2023.

Surat lantikan sebagai Duta Keusahawanan PKNS itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat) PKNS Suhaimi Kasdon di Bangunan Ibu Pejabat PKNS, di sini pada Isnin.

Suhaimi berkata, pemilihan pelakon itu bukan sahaja kerana namanya yang besar dalam industri hiburan tetapi juga kerana pengalaman luas beliau selama hampir 20 tahun dalam bidang keusahawanan sebagai penerbit filem agro serta peruncitan.

“Pelantikan beliau sebagai jurucakap dilihat mampu memberi impak yang lebih baik bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) kepada usahawan di seluruh negara khususnya di Selangor.

“Memandangkan penggunaan media sosial sangat aktif dalam kalangan masyarakat kini, peranan duta keusahawanan ini menjadi penarik khalayak kepada pengikut beliau, di samping membuat hebahan mengenai program-program anjuran BPU menerusi platform hebahan sedia ada iaitu surat khabar, radio, risalah, taklimat fizikal malah di semua peringkat platform digital,” katanya dalam majlis penyerahan surat lantikan itu hari ini.

Suhaimi berkata, pelantikan duta tersebut juga sebagai simbolik bagi pihak PKNS menerusi BPU untuk terus merangka aktiviti untuk usahawan seluruh negara, bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Pelbagai program baharu bakal dirangka di samping penambahbaikan program sedia ada bagi tujuan memastikan kesemua inisiatif yang dilaksanakan mampu memenuhi kehendak usahawan pada masa kini, demi mewujudkan masyarakat yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan,” katanya.

Sementara itu, Rosyam Nor menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak PKNS atas kesudian melantiknya sebagai duta dan akan berusaha bersama perbadanan itu dalam memainkan peranan penting untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan lestari dalam pembangunan sektor keusahawanan khususnya di Selangor.

“Dengan pelantikan saya mereka boleh menjadikan saya sebagai contoh kerana saya juga berasal daripada bukan keluarga yang senang, tetapi melangkah sebagai seorang usahawan bermula sebagai seorang pelakon.

“Saya harap pengalaman saya ini akan menjadi titik tolak kepada usahawan PKNS serta yang lain di luar sana untuk melihat kalau inginkan kejayaan itu, tidak ada halangan kerana mereka (PKNS) sentiasa membantu usahawan untuk berjaya menerusi program dan seminar yang dilaksanakan,” katanya. – BOOM!

Sumber: SINAR HARIAN

Previous Post

Melly Goeslow Tak Tertarik Fikir Soal Kecaman – “Orang Lain Kita Tak Boleh Kawal…”

Next Post

Buah Pinggang Perlu Dibuang, Awie Dedah Hidap Kanser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd