Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Raya Macam Rockstar Kumpul Zamani, Rahmad, Zarul Dan 30 Rockers Legend Berbaju Melayu

29/03/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra, Lifestyle
Raya Macam Rockstar Kumpul Zamani, Rahmad, Zarul Dan 30 Rockers Legend Berbaju Melayu

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Seramai 30 penyanyi rock dan otai negara berjaya dikumpul MCC Lifestyle untuk sama-sama menjayakan kempen raya pada tahun ini.

Tunjang MCC Lifestyle, Muhammad Nizar Jamaludin dan Nur Hafizah Shaarani berkata, selain menggayakan busana Aidilfitri, kesemua rockers terbabit diundang khas bagi rakaman takbir raya.

Menariknya, mereka tampak bergaya memakai koleksi Rave Raya 2023 keluaran MCC Lifestyle dengan kerjasama sulung bersama jenama Hombre.

“Buat kali pertama 30 artis itu dikumpulkan bagi rakaman takbir raya dianjurkan platform perkhidmatan strim filem Melayu, Siar dengan kerjasama Hombre. Rakaman dibuat di Panggung Bandaraya.

“Kesemua artis segak memakai koleksi kerjasama kami. Antara artis yang dimaksudkan ialah Zamani Slam, Akhil Hayy, Rahmad Mega, Ameng Spring, Zarul Husin, Datuk Nash, Lan Solo dan ramai lagi.

“Tanda pagar Raya Macam Rockstar, Raya Macam Legend turut dicipta sebagai sokongan kerjasama ini,” kata Muhammad Nizar.

Tambahnya lagi, untuk tahun ini saja, jenama mereka mengeluarkan lebih 100,000 unit koleksi RAVE Raya 2023 selain kerjasama sulung dengan jenama Hombre.

Malah serentak dengan itu juga, jenama berkenaan lebih bersifat interaktif dan inovatif menawarkan MCC Lifestyle Interactive Rave Raya 2023 Lookbook untuk memudahkan pembeli membuat keputusan pembelian dengan lebih sistematik.

“Lookbook atau koleksi foto pakaian dijual ini lebih memudahkan pembeli membeli dalam talian. Ia disifat sebagai strategi promosi untuk menarik pelanggan dan membantu mereka menentukan pilihan yang lebih baik. Ia lebih ‘feel’.

“Lookbook yang bagus juga dapat membantu meningkatkan jualan. Lebih tepat kita nak bantu golongan isteri contohnya buat pilihan untuk diri sendiri, suami dan anak. Boleh tekan https://bit.ly/MCCInteractiveLookbook untuk lanjutan.

“Ada lebih 300 pilihan koleksi ditawarkan. Kita juga tawarkan polisi 90 hari jaminan pulangan wang jika pelanggan tak berpuas hati dengan pembelian. Malah khidmat penasihat fesyen juga diberikan jika ada pelanggan mahukan bantuan atau nasihat,” kata Muhammad Nizar.

Menurut Nur Hafizah pula, jenama itu memiliki tiga buah butik fizikal di Bangi Sentral, Bandar Meru Raya di Ipoh dan Dataran Austin Gong Badak, Kuala Terengganu.

Malah jenama pelopor kepada tagline Your Labuh & Longgar Specialist ini kekal bertahan di liganya tersendiri selain menawarkan 10 pilihan saiz dari XXS hingga 5XL.

“Kami belajar bidang kejuruteraan. Saya graduan Universiti of Southamptom United Kingdom dan bekerja sebagai jurutera di Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

“Suami pula graduan Universiti Teknologi Petronas. Dia juga pernah jadi jurutera di syarikat minyak popular (Petronas). Akhirnya, selepas tamat tempoh perkhidmatan wajib bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, kami memilih untuk berhenti kerja.

“Dipendekkan cerita, tumpuan kami kepada perniagaan termasuklah mengukuhkan MCC Lifestyle. Dulu jenama ini hanya dikenali sebagai MCC, tapi kami melakukan penjenamaan semula terhadap nama dan logo,” kata Nur Hafizah.

Tambah Nur Hafizah, pada 25 dan 26 Februari lalu mereka turut menyertai London Modest Runway di Excel London.

“Untuk pertunjukan fesyen di London itu kami ketengahkan 16 look bertemakan Summer Raya dan Regal Ramadan. Kami turut berpeluang membuka tiga booth di acara itu dan mendapat sambutan menggalakkan dari golongan muslim di sana.

“Malah 8 look diperagakan juga direka khas rakan kerjasama dari Paris. Kami juga berpeluang melebarkan rangkaian di situ sekali gus dalam perancangan meneroka perniagaan pakaian di Timur Tengah iaitu Jordan.

“Insya-Allah, kami dijemput ke sana untuk lawatan lapangan. Malah kos penerbangan dan pengangkutan turut ditanggung pembeli berpotensi,” kata Nur Hafizah.

Jenama yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini juga turut menaja baju raya untuk 200 orang wanita asnaf dan kanak-kanak. Majlis penyerahannya akan dibuat 10 terakhir Ramadan ini.

Tak ketinggalan, jenama ini melancarkan Blessed Beyond Belief Program bagi menaja bantuan kewangan bagi pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran.

Selain itu, siri 30 Hari Tadabbur Ramadan bersama Pengasas Tadabbur Centre Sdn Bhd, Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman turut diterbitkan bagi siaran Instagram. – BOOM!

Previous Post

[V] Klip Penyanyi Kumpulan Pop, Cucu Artis Veteran Sedang Teguk Air Kencing Setan Tular

Next Post

[V] Kini Bercinta Dengan Tiko Aryawardhana, Netizen Gesa BCL Gugurkan Nama Sinclair

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Aren’t You Afraid Of The Hereafter?” – Linda Hashim Slams Beego Over Child Support Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Slams Cheating Rumors – “I Got Close After The Divorce”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]“Please Help Her” – Ebit Lew Visits Mak Wan Latah, Netizens Touched

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Broken’ To The Point Of Losing His Appetite

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Suffers Head Injury In Road Accident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd