Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

‘Panas’, Niki Palikat Tampil Lebih Gila – “Ramai Fikir Saya Seorang Yang Serius, Tapi Sebenarnya…”

16/06/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
‘Panas’, Niki Palikat Tampil Lebih Gila – “Ramai Fikir Saya Seorang Yang Serius, Tapi Sebenarnya…”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Niki Palikat kini tampil dengan genre terbaharu berjudul Panas, dalam masa sama menonjolkan sisi lain dirinya.

“Saya rasa mungkin ramai yang fikir saya ini seorang yang serius dan tidak pandai bergurau. Tapi, sebenarnya saya adalah seorang yang suka bergelak ketawa dan bergurau.

“Saya tidak menyalahkan mereka, sebab saya adalah seorang yang tidak terlalu menceritakan mengenai kisah peribadi, tapi untuk lagu ini saya akan tampil dengan lebih ‘gila’,” katanya.

Tambah Niki lagi, dia juga pertama kali menyanyikan lagu bergenre Electric Dance Music (EDM) menerusi Panas, sekali gus menyifatkan ia sebagai satu percubaan yang berani.

“Genre lagu adalah EDM dan saya sangat teruja untuk lancarkan lagu seperti ini. Mungkin ramai yang tidak menjangka saya akan keluarkan lagu seperti ini.

“Lagu ini memang satu pertaruhan yang berani, tapi seperti biasa saya bukan jenis yang takut untuk mencuba sesuatu yang baharu kerana ia menyeronokkan.

Kata Naib Juara program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu lagi, buah tangan terbaharu itu sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan peminat yang sentiasa inginkan karya daripadanya terutamanya lagu berentak rancak.

“Kemunculan lagu ini memang akan mengubat kerinduan peminat termasuk diri saya sendiri. Saya memang suka menyanyikan lagu rancak, ada unsur tarian, bertenaga dan memberi peluang kepada saya untuk tampil dengan persembahan ‘theatrical’.

“Saya suka elemen seperti itu dan lagu ini membuatkan saya cukup teruja kerana ia adalah genre yang saya belum pernah bawa sebelum ini.

“Saya berasa sudah tiba masanya untuk menyanyikan satu cerita yang baharu. Kalau single Sudah sebelum ini menggambarkan satu kisah yang perit, tapi sekarang ini akan lebih berbeza dan seronok,” katanya.

Panas hasil ciptaan komposer terkenal, Audi Mok dan lirik ditulis oleh Shazee.

“Lagu ini dirakam hujung tahun lalu dan memang agak lama ia disimpan kerana tidak jumpa masa yang sesuai disebabkan ada banyak cuti umum. Jadi, disebabkan itu ia tertangguh walaupun sudah lama disiapkan.

Berkongsi lanjut mengenai lagu Panas, Nikki yang pernah menghasikan dua album iaitu Maharani dan Hawa berkata, Panas adalah lagu yang paling seronok pernah dirakamkan.

“Lirik lagu ini saya tidak mahu sesuatu yang serius. Saya ada minta kepada Shazee supaya tidak tulis lirik yang serius sebab kalau boleh saya mahu selitkan unsur komedi. Jadi, pendek kata lagu ini mengisah seorang Diva yang nakal dan mudah terhibur. Ini kerana, saya lebih cenderung untuk ke arah itu.

“Sejujurnya, dalam banyak lagu pernah dirakam, Panas ini adalah karya yang paling seronok bagi saya,” katanya.

Dalam masa sama, Nikki berharap lagu Panas dapat diterima baik oleh peminat dan seluruh pencinta muzik tempatan.

“Saya berharap lagu Panas boleh diterima ramai, sebab genre lagu ini sedikit berbeza daripada genre sebelum ini pernah dibawakan. Sebab memang ramai peminat yang menantikan saya muncul dengan lagu bergenre rancak atau ‘dance’,” katanya.

Selain itu, Nikki juga teruja berkongsi sedang dalam perancangan untuk mengadakan ‘showcase’ atau persembahan istimewa buat peminat.

“Untuk album buat sementara belum lagi. Nikki akan keluarkan single by single. Buat masa sekarang, saya sebenarnya sudah rakam beberapa single dan semua dalam proces.

“Single yang lain itu, kali ini saya bekerjasama dengan komposer yang berbeza dan sememangnya satu cabaran yang besar bagi saya. Dan saya banyak belajar dalam sesi rakaman.

“Showcase masih dalam perbincangan dan masih terlalu awal untuk mengumumkan. Tapi memang saya mengharapkan sebuah showcase yang berskala besar khas buat peminat saya,” katanya. – BOOM!

Previous Post

“Papa Pinjam Leona Semalam…” – Azhar Sulaiman Naik Hantu Komen Biadab Individu Sudah Beristeri

Next Post

Ramai Pula Yang Mula ‘Korek’ Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ARMY Furious Over Protest Truck Being Blamed On Fandom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Once Made Zul Ariffin Lose His Patience

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Announces World Tour! Here Are The Locations & Dates You Need To Know

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd