Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Zaki Yamani Dipilih Sebagai Ikon PTTI, Sasar 7A Dalam Peperiksaan SPM 2023

12/02/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra
Zaki Yamani Dipilih Sebagai Ikon PTTI, Sasar 7A Dalam Peperiksaan SPM 2023

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Anak kepada penyanyi legenda Jamal Abdillah, Zaki Yamani telah dipilih menjadi ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI.

Zaki berkata, sebelum dilantik sebagai ikon PTTI dia juga merupakan pelajar di situ sejak penghujung tahun lalu.

Sementelah lagi dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Zaki yang juga pemenang program Famili Duo musim kedua bersama abangnya Yamani Abdillah berkata, dia mahu memantapkan lima subjek sebagai persediaan SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.

“Saya mengikuti kelas di PTTI sebab mahu memberi fokus pada lima subjek. Ini kerana, saya mahu ‘kejar’ semula pelajaran yang banyak tertinggal ekoran terbabit dengan kerjaya seni. Saya fikir, sibuk macam mana pun saya bekerja, pelajaran tetap menjadi keutamaan.

“Alhamdulillah, saya bertuah kerana cikgu di PTTI semuanya ‘sporting’ dan banyak membantu termasuk rakan-rakan di situ. Pendek kata, saya tak berasa terasing pun. Malah mereka menyambut baik.

“Diakui pada awal kelas tu agak kekok juga, tapi apabila dah lama saya mula faham apa yang diajar. Sesi yang diikuti memberi banyak kesan pada prestasi pelajaran saya. Macam subjek Matematik misalnya, ada peningkatan. Kalau soalan dari cikgu di sekolah, saya boleh jawab lebih baik berbanding dulu,” katanya.

Mengulas mengenai dirinya yang dipilih sebagai ikon, Zaki berkata perlu memberikan contoh terbaik kepada semua pelajar baik dari segi disiplin mahupun keputusan peperiksaan.

“Sejujurnya saya sangat teruja apabila PTTI ambil saya sebabai ikon mereka. Saya tak pernah dapat tawaran macam ini. Jadi, sebagai ikon saya kena buktikan layak digelar ikon.

“Sebab itu saya kena belajar bersungguh-sungguh kerana orang akan berikan perhatian pada kita. Bukan saja pelajaran tapi juga disiplin dan tingkah laku kita. Seperkara yang saya suka di PTTI adalah mereka ajar kita lebih berdisiplin untuk datang ke kelas mengikut jadual ditetapkan.

“Untuk SPM 2023 saya menyasarkan 7A. Insya-Allah, kalau ada rezeki. Kalau tidak dapat, tak apa. Apa yang penting semua subjek lulus,” katanya.

Dalam masa sama, Zaki yang bercita-cita menjadi pensyarah berpesan kepada semua remaja dan golongan selebriti yang masih bersekolah untuk tidak mengabaikan pelajaran.

“Kepada golongan selebriti yang masih bersekolah, sibuk macam mana pun bekerja, kena cari tempat dan luangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan atau tusyen untuk ‘cover’ semula apa yang tertinggal di sekolah.

“Selain ada kemahiran dalam bidang seni, perlu juga ada ilmu. Bukan apa, andai satu hari tidak terbabit dengan seni dan tidak menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya kita tetap berilmu. Jadi, jangan sesekali abaikan pelajaran kerana ia akan membantu pada masa hadapan,” katanya.

Bempena kemenangan Zaki dalam Famili Duo baru-baru ini, PTTI menawarkan 10,000 buku percuma untuk semua pelajar SPM di seluruh Malaysia. Hubungi PTTI di Instagram @pttionline. – BOOM!

Previous Post

Ini Senarai Finalis AJL 37, Satu Malam Di Temasek, Debu & Korban Antara Lagu Yang Bakal Jadi Juara

Next Post

Ikut Trend Promosi Artis Korea, Laman Sosial Instagram Dolla Dihujani Komen Positif Peminat!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd