Ahli kumpulan popular Red Velvet, Yeri dilaporkan mengalami kecederaan leher yang serius ketika melakukan senaman pilates.

Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian di platform komuniti peminat, apabila Yeri memaklumkan bahawa kecederaan tersebut berlaku sehari sebelumnya.
Menurutnya, kesakitan yang dialami semakin teruk selepas bangun tidur keesokan pagi, memaksanya mendapatkan rawatan lanjut di hospital.
“Leher saya patah semasa melakukan Pilates semalam, saya tidur dan bangun hari ini dan ia lebih sakit. Saya perlu pergi ke hospital lagi,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan Yeri perlu memakai gipsum leher sebagai langkah perlindungan.
Dalam perkongsian sama, idola tersebut cuba meredakan kebimbangan peminat dengan bersikap santai apabila bergurau dirinya kelihatan seperti watak kartun Yoo Jaem Min.

Walaupun cuba kekal positif, Yeri tidak menyembunyikan keseriusan kecederaan yang dialami.
Beliau turut memaklumkan sedang dalam perjalanan untuk menjalani terapi fizikal serta menerima suntikan steroid bagi membantu proses pemulihan.

Yeri juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan peminat agar lebih berhati-hati ketika melakukan senaman, terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan leher dan tulang belakang.
Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat di seluruh dunia. Ramai meluahkan rasa bimbang dan membanjiri ruangan komen dengan doa agar Yeri segera sembuh serta dapat kembali aktif tanpa sebarang komplikasi. -BOOM!









