Rockstar dari Doncaster, England, Yungblud, terpaksa berehat dari konsert jelajah hingga hujung tahun atas arahan doktor. Beliau dijadualkan membawa Idols World Tour ke UK musim bunga depan dan sepatutnya berada di AS bulan ini.

Yungblud atau nama sebenarnya Dominic Harrison berkata, beliau seorang yang kuat bekerja, namun kali ini terpaksa memperlahankan rentaknya selepas kebimbangan keputusan mengenai vokalnya dan ujian darah.
“Sememangnya saya jenis orang yang akan terus berlari hingga keletihan … tapi kali ini saya diberitahu untuk serius menjaga diri,” katanya dipetik BBC.

Beliau berkata hatinya “hancur” dan memohon maaf kepada peminat kerana terpaksa membatalkan persembahan di beberapa bandar termasuk Philadelphia, Cleveland dan Washington.
“Saya tak mahu lakukan sebarang kerosakan yang berkekalan pada diri saya, kita berada dalam perjalanan yang saya mahu kekal selamanya. Saya faham ada yang mungkin kecewa. Ini sangat susah bagi saya, tapi saya janji akan gantikan nanti. Saya tak pernah ambil ringan cinta, sokongan atau tenaga anda. Tapi saya perlukan masa ini,” katanya.

Yungblud yang baru-baru ini menerima nominasi Grammy untuk Best Rock Album dan Best Rock Song untuk single Zombie. –Boom!










