Berita gembira buat ibu bapa dan anak-anak! Jika anak anda berumur 12 tahun ke bawah dan menyambut hari jadi pada bulan ini, mereka boleh masuk PERCUMA ke Wetland Studios Putrajaya. Caranya mudah sahaja, bawa MyKid anak yang menyambut ulang tahun ke kaunter tiket dan tebus terus tanpa bayaran.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, tawaran ini adalah hadiah istimewa untuk meraikan hari kelahiran anak-anak. Beliau mengajak ibu bapa menjadikan kunjungan ini peluang terbaik untuk meraikan hari istimewa sambil menikmati keindahan alam semula jadi, aktiviti menyeronokkan dan pengembaraan interaktif di taman didik hibur ini.

Promosi ini bermula bulan ini dan berterusan sehingga dimaklumkan kelak. Penebusan hanya di kaunter. Wetland Studios beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari biasa dan 10 pagi hingga 10 malam setiap Jumaat, Sabtu dan cuti awam.

Jom ke Wetland Studios Putrajaya. – BOOM!










