Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Wawa Zainal Akui Bimbang Suami Terjebak ‘Cinta Lokasi’ – “Tiada Syarat Tapi Ada Amaran Buat Ariel…”

21/03/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Wawa Zainal Akui Bimbang Suami Terjebak ‘Cinta Lokasi’ – “Tiada Syarat Tapi Ada Amaran Buat Ariel…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Menyedari banyak isu mengenai golongan selebriti yang terjebak dengan skandal cinta di lokasi penggambaran, pelakon, Wawa Zainal, tidak menolak, perkara itu turut menyuntik rasa bimbang di hatinya.

Sebagai isteri kepada pelakon tampan, Ariel Zafrel, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia meletakkan kepercayaan penuh kepada suami sekiranya menerima sebarang tawaran lakonan yang membabitkan mana-mana pelakon wanita.

Wawa pernah menyesal bersuamikan Aeril - Kosmo Digital

Ini kerana, sebagai anak seni, dia juga memahami bahawa lakonan di dalam sesebuah naskhah drama tidak sama dengan kehidupan realiti.

Cuma, katanya, sebagaimana dirinya berusaha untuk menjaga batas dalam pergaulan sesama rakan artis mahupun rakan industri, Wawa juga berharap Ariel dapat melakukan hal yang sama.

“Saya sebagai isteri, tak pernah meletakkan syarat buat Ariel jika dia menerima sebarang tawaran lakonan. Saya pun tak kisah dengan siapa dia berlakon sama atau pelakon wanita yang menjadi pasangannya dalam sesebuah drama.

“Tetapi saya adalah beri amaran kepada Ariel, tak perlu nak berlebih-lebihan dengan pelakon wanita lain.Bila dengar atau baca kisah artis yang terjebak dengan kontroversi atau skandal di set penggambaran, saya memang pesan pada suami supaya dia jangan buat perkara serupa,”katanya.

Alhamdulillah, kami sudah..." - Digelar jutawan, Ini pengakuan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal | Astro Awani

Tambah Wawa, dia tidak berkenan sekiranya Ariel turut bermesra dengan pasangan pelakon wanita lain dengan alasan mahu membina keserasian lakonan dan watak.

“Tak payahlah nak bagi alasan mahu membina keserasian dengan pasangan di set sampai perlu bermesra berlebih-lebihan. Saya memang tak boleh terima benda begitu.

“Rasanya tak perlulah sampai nak tolong angkatkan barang, pegang kain pelakon itu, tolong payungkan wanita itu di set, bermulut manis dan sebagainya, tak payah. Kalau depan kamera dan demi tujuan watak, tak apa.

“Kalau buat semasa kamera ‘off’, tak perlu pun. Bagi saya, cukup kalau hanya berbual biasa di set kalau nak wujudkan keserasian demi kerja. Kalau lebih daripada itu, memang mencari masalah. Itu yang saya pesan pada Ariel,”katanya.

Tak perlu berlebihan bila jadi penaja program realiti - Wawa Zainal

Selain itu, Wawa juga percaya bahawa seseorang pelakon wanita itu sama ada yang sudah berkahwin mahupun belum, wajar tahu batas dalam pergaulan.

Dengan itu, kata Wawa, perkara yang boleh menjadi bahan fitnah orang ramai dalam dielakkan.

“Kalau seseorang pelakon wanita itu berlakon dengan suami orang, saya rasa, wanita pun kenalah jaga batas. Kalau sibuk nak bermesra walaupun tengah rehat atau ketika bukan di hadapan kamera, tak perlu pun.

“Saya faham, kalau terbabit dalam sesebuah kontroversi, kaum wanita biasanya akan terkena impak lebih. Namun, jika dapat dielakkan lebih awal, dibendung dan batas itu dijaga dengan baik dari mula, tentu tidak akan berlaku hal begitu. Sekali gus nama baik pun terjaga sama,”katanya.

Fesyen Wawa Zainal Ketika Travel Tak Pernah Mengecewakan | Diva MY

Wawa lebih kenal saya – Ariel

Dalam pada itu, melayangkan pertanyaan kepada Ariel sama ada dia selesa bekerjasama dengan pelakon wanita sensasi, kata pelakon ini, dia terbuka atas dasar profesionalisme.

Kongsi Ariel, isterinya tidak perlu berasa bimbang kerana dia tidak pernah berlebih-lebihan sewaktu keluar bekerja.

Wawa Zainal habis kena kecam - Utusan Malaysia

“Saya rasa, Wawa dah cukup kenal diri saya. Setakat ini tak ada masalah dan saya tahu jaga batas. Kadang kalau nak bina keserasian di set penggambaran pun, tak perlu berlebihan sampai ke luar set.

“Cuma saya harap, dalam kes yang sedang berlaku sekarang, janganlah sampai nak senarai hitam artis terbabit. Tetapi terpulanglah kepada produksi, adakala perkara itu boleh beri pengajaran kepada artis itu agar tidak buat hal lagi.

“Ia juga boleh jadi pengajaran kepada pendatang baharu yang lain,”katanya. – BOOM!

Sumber: UTUSAN

Previous Post

Ayu Raudhah Rindu Berlakon Semula | Lisa Surihani Kejar Reda Allah | David Teo Sokong Boikot Pelakon Bermasalah

Next Post

Ashraf Muslim Bakal Ditauliahkan Pangkat Leftenan Jumaat Ini

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd